Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Padin October 29, 2023 @ 3:37pm

Netizen Puji Siti Jamumall Uruskan Abang OKU – “Lebih Baik Jaga Abang Berbanding Biawak Hidup”

Sering berkongsi kemas kini mengenai kehidupannya di laman sosial, pempengaruh dan usahawan Siti Jamumall menuai pujian warganet kerana menjaga dan menguruskan abangnya yang juga Orang Kurang Upaya (OKU), Mohd Khairul Nizam Wahiddin, 34.

Video dua beradik itu juga mengundang hiba warga maya hingga menjadi tular selain ramai yang memuji tindakan Siti.

“Sedih mendengar cerita di sebalik senyuman dan celoteh Siti. Semoga kuat menghadapi hari-hari mendatang. Bagi peluang Siti jaga abang lagi baik daripada hidup terseksa dengan suami yang tidak bertanggungjawab itu,” tulis seorang warganet.

Siti Jamumall, 24, atau nama sebenar Siti Suriani Wahiddin berkata, abangnya OKU fizikal sejak dilahirkan dan sudah tidak boleh berjalan sejak berumur 15 tahun.

“Di sebalik kehidupan dan keceriaan yang orang lihat pada saya selama ini, ramai tidak tahu saya mempunyai abang OKU. Dia adalah kekuatan saya. Kalau anda tanya kenapa saya boleh kuat berdepan macam-macam dugaan, semuanya kerana dia.

“Sejak tidak boleh berjalan, abang memang perlu diuruskan sepenuhnya. Pendek kata, kena ada yang bantu. Kalau nak tahu, dulu abang menjaga kami adik beradik ketika masih kecil, termasuklah saya.

“Jadi, apabila dah besar saya berjanji pada diri, selama saya masih hidup saya akan menguruskannya sampai bila-bila. Saya takkan tinggalkan dia, saya akan menjaganya sampai hujung nyawa saya. Sebab dia dah banyak tolong dan berikan semangat pada saya,” katanya.

@sitijamumall

Sorry meleleh2 air mata masa buat video ni 😭 ikhlas dari siti

♬ Ibu – indra vanely

Menurutnya, abangnya juga insan yang banyak memberikan contoh untuk menjadi insan yang terbaik.

“Abang selalu cakap pada saya, selagi kita bernyawa apa pun yang berlaku kena teruskan kehidupan. Kita kena kuat menghadapi setiap apa yang Allah uji. Percayalah, lagi besar dugaan Allah bagi, lagi tinggi darjat Allah nak bagi pada kita.

“Sabar atau tidak saja. Kalau kita sabar, insya-Allah, kita akan dapat sesuatu dan nikmat yang tidak disangka-sangka pada masa hadapan. Sekarang ini, apa yang kita boleh buat adalah tawakal, reda dan teruskan usaha.

“Jangan pernah berhenti. Sebab, tidak ada orang lain yang boleh tolong kita melainkan diri sendiri,” katanya.

Terdahulu, Siti sekali lagi mencuri perhatian apabila mendedahkan pernah mendapat RM50 nafkah setahun ketika berkahwin dengan bekas suami.

ARTIKEL BERKAITAN: Sikap Culas Bekas Suami Jadi Punca Siti Jamumall Nekad Cerai! – “Pernah Dapat RM50 Saja Nafkah Dalam Masa Setahun, Paling Banyak RM200”

Siti berkata, sikap tidak bertanggungjawab itu menjadi punca dia nekad untuk bercerai tahun lalu.

Netizen turut meninggalkan komen mengatakan lebih baik Siti menjaga abangnya berbanding menjaga biawak hidup.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Tue, 10 Jan 2023

Kongsi Video Anak Senyap Tiba-Tiba, Ramai Terhibur Lihat Gelagat Tiara & Achey – “Anak Lawak, Ayahnya Lagilah Lawak!”

Pelawak terkenal, Achey atau nama sebenarnya Mohd. Nasir Hamzah sering berkongsi momen dan gelagat kelakar bersama dengan isteri dan anaknya sehingga berjaya mencuri perhatian ramai. Baru-baru ini, Achey memuat naik sebuah perkongsian di laman Instagram […]

Featured Thu, 3 Nov 2022
Hiburan Tue, 23 Aug 2022

“Dulu 80 Biji Cili Pun Boleh” – Kotak Suara Nabila Razali Belum Sembuh

Semoga Nabila cepat sembuh dan boleh kembali menyanyi sepenuhnya.

Featured Tue, 24 Dec 2024

“Selagha Atau Sehina Mana Pun, Tetaplah Doa Pada Allah”- Imbau Dosa Sepanjang 40 Tahun, Nazim Othman Kongsi Nasihat UAI

Hati saya pernah terjentik apabila saya merasakan hidup saya sudah tidak lama lagi di dunia ini – Nazim Othman

familuv Tue, 1 Nov 2022

“Saya Akan Kembali Pada Ex” – Pesanan Cinta Aliff Syukri Raih Pujian Warganet

Tular sebuah video usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri ditemu bual oleh seorang pempengaruh TikTok yang membahaskan isu berkenaan hubungan percintaan. Dalam video berdurasi 53 saat yang dikongsikan oleh @asrikamarudin, Aliff ditanyakan mengenai soalan adakah dia […]

Featured Thu, 24 Jul 2025

Siti Nurhaliza Dedah Beli ‘Head Piece’ Di TikTok – “Murah Sangat, Saya Suka!”

Siti Nurhaliza spill the tea, beli headpiece di TikTok.

Featured Tue, 1 Nov 2022
error: Content is protected !!