Euforia Bola 2026
Hiburan By: Syamir Shafie January 24, 2024 @ 4:49pm

“Ramai Salah Faham”- Sufian Suhaimi Baru Merisik, Belum Bertunang

Gara-gara tular di media sosial video yang merakamkan detik bahagia ibu kepada penyanyi Sufian Suhaimi menyarung cincin di jari manis seorang gadis jelita dalam sebuah majlis tertutup pada Oktober lalu, penyanyi pujaan ramai itu dihujani dengan pelbagai spekulasi daripada netizen.

Bagi menjernihkan keadaan, Sufian tampil menjelaskan bahawa ia merupakan majlis merisik.

Bercakap kepada XTRA, dia turut menafikan tanggapan netizen yang mengatakan dirinya sudah bertunang namun tidak pula menolak kemungkinan untuk bakal melangsungkan majlis pertunangan bersama kekasih hatinya.

“Status kami masih belum bertunang. Majlis pertunangan tak pasti sama ada buat atau tak.

“Tapi kalau hendak menyempurnakan adat, mungkin akan buat juga nanti.

“Sebenarnya majlis merisik dirancang buat secara kecil-kecilan dengan dihadiri keluarga dan teman rapat sahaja.

“Tapi video ini terkeluar juga kepada umum. Namun, itu bukanlah perkara tidak baik. Ramai salah faham, itu bukan majlis pertunangan, tapi sebenarnya merisik,” katanya.

Sufian ditemui XTRA pada sidang media Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2024 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini, hari ini.

Dalam pada itu, enggan terlalu lama menjalani fasa mengenal hati budi, pelantun lagu Di Matamu itu meluahkan hasrat ingin melangkau majlis bertunang serta terus melangsungkan majlis perkahwinan pada awalnya.

Sufian bagaimanapun tetap akan bertunang terlebih dahulu setelah berbincang dengan keluarga kedua-dua belah pihak memandangkan lebih manis untuk mengikut adat Melayu.

“Kami mahu hubungan ini mengikut adat. Perkenalan ini bukan sekadar kawan-kawan.

“Keluarga kedua pihak juga sokong apa yang kami rancang.

“Bertunang tiada keperluan, tapi kalau hendak menyempurnakan adat, kami akan buat juga,” ujarnya.

Menurut Sufian, majlis perkahwinan mereka berdua bakal berlangsung pada tahun ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 30 Jan 2020

“Babi Punya Kontraktor!” -Che Ta Mengamuk Rumah Tak Siap

Mana tak marah kalau dah dua tahun tunggu??

Featured Thu, 7 Jul 2022

“Harga Salt Bae Tak Mahal Mana Pun..”- Aeril Zafrel Jawab Dakwaan Riyak Makan Mewah Di London

Berbelanja mengikut kemampuan masing-masing. Rezeki Aeril, Wawa dan rakan-rakan dapat merasa makan mewah 🤩

Featured Fri, 23 Dec 2022
Hiburan Fri, 13 Dec 2024
Hiburan Thu, 10 May 2018

Miranda Kerr Timang Anak Lelaki Kedua

Supermodel terkenal Miranda Kerr selamat melahirkan seorang bayi lelaki semalam.

Featured Tue, 1 Nov 2022

“Duda Terhangat Di Pasaran” – Shuib Dedah Terima DM Makcik & Wanita Yang Mahu….

Baru-baru ini, pelawak dan usahawan terkenal Shuib Sepahtu mengakui ada mendapat banyak Direct Message (DM) dihantar oleh ‘makcik-makcik’ yang ingin menjadikannya sebagai menantu mereka. Menerusi temu bual bersama Nabil di program MeleTop, Shuib turut memberitahu […]

Hiburan Tue, 14 Jan 2020

Saling Memerlukan, Risteena Diulit Bahagia Bersama Isa

Pelakon, Risteena Munim dan tunangnya Isa Khan kini lebih terbuka membicarakan kisah cinta mereka dan berkongsi foto-foto berdua setelah kedua-duanya mengakui dilamun cinta dan mengumumkan telah mengikat tali pertunangan ketika bercuti di Bali pada 23 […]

error: Content is protected !!