Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 2, 2024 @ 2:31pm

Kerjasama Dengan Awie Dalam Lagu ‘Cerita Rindu’, Ajai Teruja & Bersyukur Impian Tercapai

Penyanyi dan komposer Ajai meluahkan rasa teruja dan bersyukur apabila impian untuk bekerjasama dengan idolanya, Datuk Awie menjadi realiti.

Lebih bermakna, ia juga buat julung kali Ajai bekerjasama dengan vokalis Kumpulan Wings itu menerusi lagu runut bunyi filem Rebel: Berontak Untuk Berotak berjudul Cerita Rindu.

Ajai atau nama sebenar, Mohd Faizal Maas, 50, dia gembira diberi kepercayaan menerbitkan lagu Cerita Rindu dendangan Awie untuk filem bergenre aksi itu.

“Saya dibesarkan dengan lagu dendangan Awie sejak zaman bersama Kumpulan Exists lagi.

“Saya pernah bertemu dengan Awie ketika masih di bangku sekolah dan menyimpan impian agar kami dapat bekerjasama suatu masa nanti,” katanya yang menjejakkan kaki dalam industri muzik sejak berusia 14 tahun.

Mengenai lagu Cerita Rindu, kata Ajai, ia memiliki kelainan daripada lagu yang pernah dihasilkan sebelum ini.

“Sebagai mana yang kita tahu, lagu Awie cukup sinonim dengan sentuhan Datuk M Nasir dan JS Kevin sejak dulu.

“Kali ini, ia berlainan sikit dengan sentuhan daripada saya dari segi ‘phrasing’ pernafasan, tapi masih lagi meletakkan citarasa Awie,” katanya.

Ditanya dari segi suara, kata Ajai, vokal Awie masih kekal pada lagu Cerita Rindu dan perubahan hanya pada sentuhannya selaku penerbit.

“Setiap penerbit ada cara berbeza untuk menerbitkan lagu setiap artis kerana setiap lagu mempunyai pernafasannya tersendiri.

“Apa yang penting, lagu ini tidak ‘stereotype’ dan sama seperti yang pernah dihasilkan penerbit lain sebelum ini,” katanya.

Berkongsi proses rakaman, Ajai berkata, ia berlangsung di Studio Wake The Baby kira-kira tiga bulan lalu.

“Sebenarnya, proses perbincangan untuk menghasilkan lagu runut bunyi ini sahaja berlangsung selama setahun.

“Saya sudah dapat sinopsis lagu lebih awal, tapi proses rakaman mengambil masa kerana kesibukan masing-masing. Ini kerana Awie juga mengarahkan filem ini,” katanya.

Kata Ajai lagi, dia juga tidak ada masalah untuk bekerjasama dengan Awie sepanjang proses rakaman lagu kerana masing-masing berpengalaman luas dalam bidang muzik.

“Walaupun kami berbeza dari segi usia, tapi saya tidak berasa takut untuk beritahu perkara yang betul dengannya.

“Awie juga menerima pandangan saya dengan minda terbuka dan turut memberi cadangan apa yang dimahukannya. Kami bekerja sebagai satu pasukan,” katanya.

Kata Ajai lagi, proses rakaman lagu itu hanya mengambil tempoh selama dua hari untuk proses memasukkan vokal di studio.

“Selebihnya adalah kerja saya untuk proses ‘mixing’ dan sebagainya selama lima hari.

“Awie juga berpuas hati dengan hasilnya kerana sudah beri apa yang saya mahukan dan ini hasil terbaik daripadanya” katanya.

Filem Rebel: Berontak Untuk Berotak diterbitkan Wau Productions Sdn Bhd dan Rumah Produksi Merah Sdn Bhd dengan kos pembikinan mencecah hampir RM1 juta.

Naskhah pertama arahan Awie itu menampilkan Ben Amir dan MK K-Clique selaku watak utama. Ia turut dibintangi Shiqin Kamal, Noralbaniah, Azlan Komeng dan Awie sendiri.

Rebel: Berontak Untuk Berotak menemui penonton pawagam di seluruh negara pada hari ini, Khamis, 2 Mei 2024.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 28 May 2019
Hiburan Tue, 15 Apr 2025

Syazwan Zulkifly Kembali Bertaut Cinta Dengan Bekas Tunang, Rancang Akhiri Zaman Bujang Tahun Ini

Syazwan Zulkifly kembali bertaut dengan bekas tunang, kekasih serasi dengan arwah ibu

Hiburan Fri, 30 Jun 2023

Lancar Album Baharu, SITISM Buah Tangan Siti Nurhaliza Buat Peminat

Penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil melancarkan album terbaharunya yang berjudul Sitism, hari ini. Album yang mengandungi 8 buah lagu ini dilancarkan secara digital terlebih dahulu sebelum kemunculan album penuh atau ‘deluxe album’ sebanyak […]

Featured Wed, 11 Aug 2021

Dakwa Wujud Orang Ketiga, Aman RA & Isteri Akhirnya Sah Bercerai

Selepas mendedahkan kisah rumah tangga mereka berantakan, isteri kepada penyanyi rap Aman RA, Natiqah Rahmat akhirnya mengesahkan beliau telah berpisah dengan suaminya. Menerusi satu perkongsian, Natiqah berkata, lafaz cerai secara taklik yang dibuat pada 29 […]

Hiburan Fri, 6 Dec 2019

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Marsha Milan!

Selamat Harijadi kepada penyanyi dan pelakon Marsha Milan Londoh yang menyambut ulang tahun yang ke-34 hari ini dan telah memuat naik foto bersama kek harijadinya sambil mendukung seorang anak kecil di dalam satu entri di instagram […]

Hiburan Tue, 19 Dec 2017

NURFARAHIN JAMSARI: “I NEVER SAID NO TO MY BOSS”

Learn from the legendary TV host on how to be better at your job.

Featured Fri, 14 Apr 2023
Featured Wed, 16 Nov 2022

Terpaksa Bersalin Awal, Isteri Aditya Zoni Alami Tekanan Teruk

Allahu.. Semoga cepat sembuh. Alhamdulillah dapat anak lelaki

error: Content is protected !!