Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 3, 2024 @ 1:52pm

Sering Persoal Diri Sendiri Kenapa Selalu Curang, Aliff Aziz Akui Perlu Dapatkan Bantuan Pakar – “Mungkin Saya Akan Hilang Keluarga Buat Selamanya”

Pelakon sensasi, Aliff Aziz mengakui sering mempersoalkan tindakannya yang sering terjerumus kepada kontroversi membabitkan pihak ketiga dalam rumah tangganya bersama aktres, Bella Astillah.

Kata Alliff, dia bersyukur dikurniakan rezeki dan keluarga yang sangat baik namun turut meluahkan rasa kesal setiap kali melihat dirinya mencerminkan seorang lelaki yang ‘gagal’.

“Saya banyak kali tanya dengan diri sendiri, kenapa saya asyik kembali buat salah yang sama… Tapi saya tak ada jawapan untuk itu.

“Saya kata ‘Aliff, Allah has blessed you with many things. Ada keluarga, isteri dan anak-anak’.. Apa benda lagi yang tak cukup.

“Bila tengok cermin, saya rasa seorang yang lelaki yang gagal,” katanya.

Sementara itu, aktor Ku Akad Kau Dengan Bismillah ini turut mengakui kekhilafan dirinya yang tidak pandai menghargai isteri, serta memandang sesuatu perkara itu dengan remeh.

“Saya mengakui ada masalah untuk menghargai seseorang, tak mendengar tangisan isteri merintih ketika tragedi sebelum ini terjadi, tak mampu nak melawan nafsu sendiri daripada segala keinginan.

“Mungkin orang nampak saya ada segalanya, tetapi diri saya ini kurang dari segi tak menghargai, untuk belajar tak ambil perkara dengan mudah.

“Pada orang lain mungkin perkara tu kecil, tapi saya sedar dalam keadaan saya sekarang itu adalah perkara yang paling berharga.

”Sekiranya saya diberkati dengan perkara itu, saya pasti dah berada dalam fasa kehidupan yang berbeza saat ini,” katanya.

Aliff  bagaimanapun menerima takdir hidupnya serta reda sekiranya dia akan kehilangan keluarga akibat kontroversi ditangkap khalwat dengan aktres, Ruhainies.

“Fasa ini adalah noktah, saya tak dapat putar kembali masa. Saya perlu terima hakikat yang berkemungkinan, saya akan kehilangan keluarga saya untuk selamanya.

“Ini adalah satu pengajaran yang akan saya bawa untuk selamanya, sepanjang hidup saya. Disebabkan tindakan saya, inilah harga yang paling mahal saya perlu bayar,” tuturnya luluh.

Dalam masa yang sama, bapa anak dua ini turut bersikap terbuka untuk mendapatkan rawatan dan pandangan pakar demi memulihkan dirinya sendiri.

“Pada ketika ini mungkin akan mengambil masa untuk saya terima bahawa ya, saya perlukan pertolongan, bukan bererti mental saya tidak stabil.

“Cuma, perlu berjumpa dengan individu pakar dalam hal ini untuk beritahu apa masalah saya, cara untuk elakkan perkara yang tidak diingini berlaku dan sebagainya.

“Saya cuma nak fasa gelap dalam hidup ketika ini berakhir. Teruskan hidup dengan apa sahaja perkara diitinggalkan untuk saya,” katanya dalam podcast bersama The Common Folks, semalam.

Sebelum ini, Aliff mendedahkan bagaimana keadaan saat isterinya, Bella Astillah ‘ditangkap’ curang serta aktor ini turut mengakui menyesal meluahkan masalah rumah tangganya kepada Ruhainies sehingga membuatkan mereka menjadi lebih rapat.

Terdahulu, Aliff dan Ruhainies ditangkap khalwat pada 9 Mac lalu dalam sebuah kondominium mewah.

Susulan isu tersebut, Bella telah memfailkan penceraian pada 13 Mac lalu, namun pada perbicaraan kedua Aliff enggan menceraikan isterinya pada 4 April lalu kerana masih sayang akan rumah tangganya itu.

Sebelum itu, Bella pula mengakui menjalinkan hubungan cinta bersama aktor, Muaz Zabir sejak Oktober lalu demi membuatkan suaminya itu cemburu.

Keadaan menjadi lebih rumit apabila muncul wanita mendakwa dirinya kekasih gelap Aliff Aziz, Sarah Yasmine yang membongkarkan mesej perbualan antara Aliff dan Ruhainies.

Artikel Berkaitan: “Kalau Dapat Putar Balik Masa, Saya Tak Akan Cerita” – Hubungan Dengan Ruhainies Berputik Selepas ‘Curhat’ Masalah Rumah Tangga, Aliff Aziz Akui Menyesal

Artikel Berkaitan: Sikap Bella Astillah Mula Berubah, Terdetik Nak Periksa ‘Archive Chat’… Aliff Aziz Bongkar Malam Kejadian Isteri ‘Kantoi Curang’ – “Hati Saya Remuk, Tapi Ini Kifarah”

Artikel Berkaitan: “Saya Rasa Takut Nak Dengar Suara Dia, Tak Tahu Nak Mulakan Perbualan Macam Mana” – Lebih 40 Hari Aliff Aziz Tak Berhubung Dengan Bella Astillah & Anak-Anak

Artikel Berkaitan: “Saya Hanya Menjadi Pendengar Keluhan Bella Astillah” – Muaz Zabir Mengaku Silap, Tiada Niat Runtuhkan Rumah Tangga Rakan Artis

Artikel Berkaitan: “Saya Rasa Takut Nak Dengar Suara Dia, Tak Tahu Nak Mulakan Perbualan Macam Mana” – Lebih 40 Hari Aliff Aziz Tak Berhubung Dengan Bella Astillah & Anak-Anak

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Gagal Tahan Sebak Minta Maaf Pada Isteri, Aliff Aziz Perjelas Tindakan Dedah Kes ‘Curang’ Bella Astillah… – “Masa Tu Saya Rasa Marah, Kebencian & Penyesalan”

Artikel Berkaitan: Ruhainies Sedih Skrip & Jalan Cerita Drama Lakonan Bersama Aliff Aziz Seakan Sama Dengan Kontroversi Dihadapainya Kini – “Tak Pasti Kebetulan Atau…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Contest Fri, 18 Oct 2019

Win an HONOR 20 and More by Just Snapping the Most Picturesque #DayNight Shot

Flaunt your creativity with HONOR’s #DayNight Photography Contest.

Hiburan Wed, 30 Apr 2025

“Shooting Sampai 3 Pagi, Mana Larat Nak Berbual” – Julia Farhana Buka Mulut Isu Dituduh Sombong

Julia Farhana mahu pelakon baharu menduduhnya sombong tampil bersemuka

Hiburan Wed, 10 Jul 2019

Kalau Dah Jodoh, Fahmy Reza Terima Joy Revfa Sebagai Isteri

Fahmy tidak menolak seandainya jodoh berpihak kepada mereka pada masa hadapan.

Hiburan Thu, 1 May 2025

“Anak Tak Boleh Dibintikan Kalau Tak Selesai” – Bakal Timang Baby Girl, Fara Salleh Mohon Shuk Sahar Hadir ke Mahkamah Urus Pendaftaran Nikah & Lafaz Cerai

Menurut Fara, perkara tersebut sangat penting bagi memastikan anak dalam kandungannya nanti dapat didaftarkan secara sah.

Hiburan Wed, 26 Oct 2022
Hiburan Sat, 20 Sep 2025

Kak KM Borong Sejadah Cecah RM50,000

Kak KM borong sejadah berjumlah RM50,000

Hiburan Thu, 9 May 2019

Siap Sedia Untuk ‘IDC’, Lagu Duet Justin Bieber- Ed Sheeran Keluar Esok!

Nantikan lagu terbaru Bieber and Ed Sheeran pada 10 Mei!

Hiburan Mon, 16 Feb 2026

Rayme Zainal Lancarkan Single Gema Raya, Letak Signature Dalam Setiap Naskhah – “Setiap Karya Mesti Ada…”

Lagu hasil ciptaan Rayme Zainal sendiri ini menceritakan pengalaman sambutan Hari Raya.

Featured Mon, 2 Aug 2021

Semak Tarikh & Jumlah Pembayaran Bantuan COVID-19 (BKC) Bermula Ogos

Menerusi insentif PEMULIH, Bantuan Khas COVID-19 (BKC) adalah bantuan tunai langsung bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik COVID-19 sehingga akhir tahun 2021. Permohonan BKC tidak perlu dilakukan kerana penerima yang layak […]

error: Content is protected !!