Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 21, 2024 @ 1:35pm

Ustaz Kazim Elias Dedah Sukar Tidur Malam Selama 15 Tahun, Berpantang Makan & Berhati-Hati Ketika Berceramah

Pendakwah bebas popular, Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih mesra dengan panggilan Ustaz Kazim mengaku masih mengalami kesukaran untuk tidur sejak 15 tahun lalu.

Katanya memetik laporan Berita Harian, dia hanya boleh tidur jika berada di dalam kereta sahaja.

Malah, dia terpaksa meminta pemandunya untuk memandu sehingga ke Tanjung Malim, Perak dan kemudian berpatah balik ke kediamannya.

“Saya mula kena sihir pada 1997 dan sudah mula beransur pulih sejak 2021. Sekarang, saya hadapi kesukaran tidur selama 15 tahun. Saya hanya boleh tidur kalau dalam kereta sahaja.

“Kalau malam saya hendak tidur, saya akan minta pemandu bawa kereta ke Tanjung Malim misalnya, kemudian patah balik. Jadi, dapatlah saya tidur selama dua hingga tiga jam. Saya sudah dapatkan rawatan doktor, namun tidak dapat diselesaikan juga.

“Sihir ini tidaklah hilang sepenuhnya, ‘tapak’ atau ‘bekas’ daripada gangguan itu masih ada. Disebabkan itu, kalau saya pergi ke tempat yang ada gangguan, saya akan rasa seperti tidak kena,” katanya.

Mengulas lanjut, Ustaz Kazim memberitahu, walaupun dia kini semakin stabil, namun dia perlu menjalani beberapa pentang larang termasuklah, tidak mengambil beberapa makanan yang boleh menimbulkan bisa dan memudaratkan tubuh badannya, selain perlu berhati-hati ketika melontarkan kata-kata ketika berceramah.

“Sampai sekarang saya tak boleh makan rebung, limau nipis, kambing dan tak boleh minum air tebu sebab semua itu ada bisa. Kalau makan, badan saya akan sakit dan pedih.

“Antara lain, saya perlu berpantang ketika bercakap sebab takut boleh buatkan orang terasa hati. Dulu masa muda, saya jadi penceramah yang garang, lantang dan bersemangat.

“Ketika itu, ada orang marah kerana mungkin saya terlepas cakap. Jadi, sekarang saya ambil keputusan untuk lebih berhati-hati,”jelasnya.

Terdahulu, Ustaz Kazim mengejutkan ramai pihak apabila tampil berceramah dengan menutup sebahagian daripada wajahnya akibat kulitnya yang sensitif terhadap cahaya.

Bukan itu sahaja, dia juga pernah berkongsi bahawa kaki dan perutnya membengkak serta keluar jarum berkarat dari badannya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Kaki & Perut Membengkak, Keluar Jarum Berkarat” – Ustaz Kazim Elias Dedah Alami Ujian Ketika….

ARTIKEL BERKAITAN:“Mungkin Orang Tak Kasi Keluar TV Atau Media Sosial…” – Ustaz Kazim Elias Akui Alami Kepedihan Muka Yang Teruk

ARTIKEL BERKAITAN:“Apabila Dibelah, Kaki Saya Tidak Ada Langsung Darah & Nanah,” – 6 Doktor Pakar Masih Gagal Kesan Penyakit Misteri Ustaz Kazim Elias

ARTIKEL BERKAITAN:”Cita-Cita Saya Nak Mati Dalam Dakwah, Kalau Sebab Sakit Dan Saya Mati…” – Bukan Marketing! Ustaz Kazim Akui Keluar Jarum Dari Perut, Tak Boleh Kencing Dan Alami Kulit Berdarah

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Kulit Sensitif Pada Cahaya, Ustaz Kazim Elias Akui Terpaksa Beri Ceramah Tutup Sebahagian Muka Dengan Topi

 

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 4 Feb 2018

女神卡卡病情恶化!取消最后10场巡演

女神卡卡(Lady Gaga)因为纤维肌痛症2017年9月无预警宣布暂退歌坛,巡演也都喊卡,希望可以把身体调养到健康的状态,没想到近来她的病情不仅没有好转,而且还恶化了,3日宣布取消欧洲的最后10场巡演,让粉丝都非常担心她的健康状况。

Trending Thu, 14 Jun 2018

最强防偷伞绝招!打开狂下「蟑螂雨」吓坏偷伞贼

最近天气状况反复不定,突然就下起大雨。有时候如果遇上超没公德心的偷伞贼就更惨,不过到底有没有什么能够避免雨伞被偷呢?

Featured Fri, 19 Aug 2022
Trending Fri, 30 Oct 2020
Featured Thu, 10 Nov 2022

Delivery Makanan Ke Kereta Berserta Pakej Selfie, Netizen Puji Sifat Rendah Diri Neelofa & PU Riz

Aksi pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa yang tidak sombong melayan kerenah peminat ketika berada di sebuah restoran makanan segera meraih perhatian. Neelofa dan suami, Haris ismail atau PU Riz ramah melayan pekerja-pekerja restoran terbabit yang […]

Trending Tue, 29 Jan 2019

Lebih ONG Dengan CJ WOW SHOP

Semestinya WOW bersama CJ WOW SHOP!

Trending Tue, 21 Jul 2020
Hiburan Mon, 6 Nov 2023
error: Content is protected !!