Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 10, 2024 @ 2:30pm

Tamatkan Aksi Final… Dhabitah Sabri Bersyukur Diberi Peluang, Titip Ucapan Buat Jiggy Masin – “Thank You Sayang!”

Menamatkan terjunan di kedudukan ke-12 di pusingan akhir Sukan Olimpik Paris 2024 pada Jumaat, penerjun negara Nur Dhabitah Sabri meluahkan rasa syukur apabila diberikan peluang untuk beraksi kali ini.

Katanya, sebelum ini dia tidak putus berdoa agar diberikan ruang dan peluang untuk mendapat tempat di sukan Olimpik sehinggalah berjaya tersenarai menjadi antara finalis yang bertanding bagi kategori 3 meter papan anjal individu menentang 11 lagi atlet.

Menurutnya, banyak dugaan dan cabaran yang terpaksa dilalui termasuklah hanya diberikan masa yang cukup singkat untuk membuat persiapan sempena sukan bertaraf dunia ini.

“Allah bagi more that what i ask for. I ask for an Olympic spot. Alhamdulillah, dia bagi. In fact, Allah bagi more than that.

“Allah bagi saya jadi finalis in the Olimpik. Given the fact that i prepared in such a short period. Banyak lagi yang perlu disyukuri daripada kecewa dengan satu perkara,” ulasnya.

Dhabitah berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran yang dimuat naik di ruangan Instagram Stories miliknya.

Dalam pada itu, isteri kepada pelawak dan pelakon Jiggy Masin ini juga sempat menitipkan ucapan terima kasih buat suaminya yang tidak putus-putus memberikan semangat sepanjang penglibatannya dalam sukan terjun.

“Thank you sayang. You know my struggles, how i almost give up. Tuhan memang nak tolong saya,” katanya.

Terdahulu, Dhabitah memulakan saingan dengan agak baik apabila dua terjunan awalnya mencatat 63.00 dan 60.00 mata untuk menduduki tempat tiga teratas.

Namun, terjunan ketiganya dilihat tidak menjadi sekaligus menyaksikan Dhabitah hanya mampu mengutip 37.50 mata menyebabkan dia beralih ke kedudukan kesebelas.

Kesilapan dalam dua terjunan itu nyata menjejaskan peluangnya untuk menduduki sekurang-kurangnya kelompok lima terbaik.

Sekadar info, pada terjunan terakhir,  Dhabitah meraih 55.80 mata untuk mengumpul keseluruhan 244.80 mata bagi menamatkan saingan di kedudukan terakhir daripada 12 penerjun.

Pingat emas dan gangsa dimenangi Chen Yi Wen serta Chang Yani dari Cina, manakala Maddison Keeney dari Australia merangkul pingat perak.

ARTIKEL BERKAITAN:Berjaya Mara Ke Separuh Akhir, Jiggy Masin Beri Sokongan Padu Buat Dhabitah Sabri – “Let’s Go Sayang!”

ARTIKEL BERKAITAN:Olimpik Paris Dah Nak Dekat… Jiggy Masin Nak Ikut Nur Dhabitah Pergi Training, Tak Sanggup Kena Tinggal Berbulan-Bulan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 22 Aug 2019

Penuh Debaran, Aksi Luar Biasa…SANGKAR Di Pawagam 29 Ogos Ini!

Jangan lupa untuk saksikan filem SANGKAR

Eat Travel Tue, 23 Jun 2020

Nasi punten sesuai untuk kawal berat badan?

Saiz kecil comel, nak makan pun fikir banyak kali

Featured Thu, 25 Jul 2024
Trending Sun, 3 Nov 2019
Hiburan Tue, 11 Jun 2019

Alami Komplikasi Paru-Paru, Doakan A.Rahman Hassan

Beliau kini direhatkan untuk rawatan & pantauan lanjut hospital. Jom doakan agar Dato A Rahman Hassan dikurniakan kesembuhan…

Featured Tue, 9 May 2023
error: Content is protected !!