Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
Acara By: Padin September 2, 2024 @ 3:06pm

Meriah! Pupuk Semangat Patriotik, Hael Husaini & Aina Abdul Gegarkan Gala Dinner Kita Merdeka Madani Inspirasi Wanita Jiwa Merdeka Anjuran Usanita

Menyemarakkan semagat patriotik sambil berhibur, Usanita Sdn Bhd menganjurkan Gala Dinner Kita Merdeka Madani Inspirasi Wanita Jiwa Merdeka di Menara Kuala Lumpur pada 29 Ogos lalu.

Dimeriahkan dengan persembahan penyanyi popular, Hael Husaini dan Aina Abdul, acara yang menampilkan tema ‘Elegant Neon’ itu menggabungkan keanggunan dan kemodenan dalam satu suasana yang penuh gemerlapan dan dimeriahkan oleh Awal Ashaari dan Fiza Sabjahan selaku pengacara majlis.

Majlis yang berprestij itu dihadiri oleh Perdana Menteri Malaysia ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Pengerusi Majlis Hal Ehwal Wanita & Keluarga UMNO Malaysia (HAWA), Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dan Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, Datuk Adzliana Prof Datuk Seri Dr Hasan.

Menurut Adzliana selaku Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, penganugerahan terbabit adalah penghormatan kepada wanita-wanita hebat yang telah menunjukkan keberanian dan kecekalan dalam pelbagai bidang.

“Pengiktirafan ini diharap dapat menyuntik semangat lebih ramai wanita untuk terus berdiri teguh dan jangan mudah patah semangat, walau apa jua cabaran yang dihadapi.

“Majlis ini bukan sahaja meraikan pencapaian wanita-wanita ikonik, tetapi juga menandakan komitmen Usanita dalam memperkasakan wanita dan memartabatkan perjuangan mereka dalam masyarakat,” katanya.

Dalam pada itu, kemuncak acara terbabit ialah penganugerahan Ikon Wanita Usanita kepada sembilan wanita ikonik yang telah menunjukkan kekuatan dan memartabatkan wanita dalam pelbagai industri.

Anugerah ini disampaikan oleh Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil kepada penerima anugerah yang terdiri daripada Nurul Nadirah Shamsul liani, Fatin Nadzirah Mohd Arsad, Allison Yes Phui Se, Kavita Sidhu, serta lima penerima dari Perintis Usanita iaitu Nurun Nadia Masrom, Nurul Rena Rifaee, Saadiah Ibrahim, Nasyrah Hanim Mohamad Zainuddin dan Nor Zawani Mohamed Zakaria.

Anugerah yang paling berprestij pada acara terbabit diberikan kepada Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil sebagai Ikon Wanita Usanita, mengiktiraf beliau sebagai contoh teladan dan ikon kepada setiap wanita di Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Thu, 27 Feb 2020
Acara Mon, 8 Oct 2018

Hadir Memukau, Laluan Permaidani Merah ABPBH31 Milik 3F – Fattah, Fazura Dan Fasha

Kehadiran Fazura dan Fattah mendapat sorakan hebat peminat!

Acara Thu, 13 Jun 2019
Acara Wed, 13 May 2020
Acara Thu, 30 Aug 2018

Mira Filzah Dilantik Sebagai Duta Kempen ‘Salam Taiwan’ Yang Direka Khas Untuk Kaum Muslim

Jom baca untuk ketahui tempat-tempat menarik yang Mira recommend untuk pergi.

Acara Wed, 18 Mar 2026

Bawa Ernie Zakri, Khai Bahar, Aina Abdul Meriahkan Festival… Rayme Zainal Teruja Gema Raya Putrajaya Dapat Respons Positif

Penyanyi dan usahawan Rayme Zainal menyifatkan penganjuran festival Gema Raya Putrajaya 2026 sebagai satu platform penting dalam memperkukuhkan ekosistem usahawan tempatan selain memberi manfaat kepada masyarakat. Menurut Rayme selaku Pengarah Urusan Raydiates Blue Sdn. Bhd, […]

Acara Fri, 30 Aug 2019
Acara Fri, 26 Apr 2019

Mencari makanan kucing halal dan bermutu? Powercat ada jawapannya

Powercat perkenal Elizabeth Tan sebagai duta

error: Content is protected !!