Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 5, 2024 @ 11:48am

Wujud Pelanggaran Taklik Sebanyak 5 Kali, Syamsul Yusof & Ira Kazar Sah Cerai Talak Satu

Pengarah dan pelakon sensasi, Syamsul Yusof sah berpisah talak satu dengan Ira Kazar selepas wujudnya lafaz cerai taklik ketika pasangan itu masih suami isteri.

Pengesahan lafaz cerai taklik itu disahkan oleh Hakim Syarie Mohd Faizal Habib di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor sekitar jam 10:30 pagi tadi.

Peguam syarie mewakili Ira Kazar, Mohammad Fadhil Abdul Razak berkata mahkamah mengesahkan berlakunya lafaz taklik dan sekali gus jatuh talak satu.

“Mahkamah sudah putuskan perceraian sudah berlaku di luar mahkamah di antara pihak Syamsul dan anak guam saya, Ira. Itu saja yang berlaku hari ini.

“Keterangan sudah diambil dan keputusan sudah dibuat hari ini. Terima kasih kepada mahkamah.

“Jadi hari ini sudah jatuh talak satu pada kira-kira jam 10.30 pagi tadi dan kes di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, tidak diteruskan” katanya.
Sementara itu, peguam syarie mewakili Syamsul, Azmi Mohd Rais berkata Ira melanggar taklik sebanyak lima kali sejak 14 Ogos lalu.

“Alhamdulillah kes perceraian dan lafaz taklik sudah selesai pada hari ini di mana mahkamah mendapati Ira sudah melanggar taklik.

“Ada pelanggaran taklik yang sudah dilakukan Ira dan mahkamah berpuas hati bahawa memang berlakunya lafaz taklik dan mendapat bahawa Ira melanggar taklik tersebut sebanyak lima kali yang mana kali pertama pada 14 Ogos.

“Ia berlaku dalam keadaan rela tanpa paksaan mana-mana pihak. Idah juga bermula pada tarikh yang sama (14 Ogos),” katanya.

Sekadar info, lafaz cerai taklik ialah lafaz cerai yang dilafaz oleh suami dengan meletakkan syarat taklik dan jika isteri melanggar syarat tertentu, maka boleh menyebabkan jatuh talak.

Pada 16 Ogos lalu, Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd Syamsul Mohd Yusof, 40, mengejutkan ramai apabila memfailkan perceraian terhadap isterinya, Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.

Terdahulu, Syamsul dan Ira mendirikan rumah tangga pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.

Susulan itu, pelakon Puteri Sarah Liyana pada ketika itu sebagai isteri Syamsul nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu.

Artikel Berkaitan: Syamsul Yusof, Ira Kazar Hadir Ke Mahkamah Dalam Keadaan Tenang Bagi Kes Pengesahan Lafaz Cerai Taklik

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 19 Nov 2017

Doa Fazura Depan Kaabah

Nur Fazura Sharifuddin, atau lebih dikenali dengan nama Fazura memang satu nama yang tidak asing di kalangan peminat dunia hiburan. Kini nama tersebut makin dikenali semnjak dikaitkan dengan selebriti terkenal Fattah Amin. Meskipun kini berada […]

Hiburan Mon, 8 Oct 2018

‘ Saya Mungkin Tidak Layak, Tapi Atas Izin Allah,’ Wany Hasrita Luah Rasa Lepas Menang Besar

Rezeki tak pernah salah alamat kan? Walaupun merupakan pendatang baru dalam bidang nyanyian, Wany yang bebas segala kontroversi dan disenangi ramai pihak membuatkan dia berjaya menenggelamkan nama-nama besar malam tadi.

Trending Wed, 13 Jan 2021
Hiburan Sun, 20 May 2018

Sissy Iman Terkena Tempias Jampi Hael Husaini

Terkena tempias hebat Jampi dek kemunculannya bermain piano mengiringi persembahan lagu Jampi dendangan Hael Husaini pada Anugerah Juara Lagu 32 (AJL32), baru-baru ini, SIssy Iman mula mendapat perhatian ramai.

Featured Thu, 8 Sep 2022
Featured Tue, 30 Jul 2024
Hiburan Mon, 28 Oct 2019
Hiburan Wed, 10 Jun 2026

Catat Doa & Zikir Dalam Buku Nota Persiapan Haji, Lisa Surihani Raih Pujian… Mutawwif Syor Diterbitkan Untuk Manfaat Ramai

isa memberitahu sebahagian catatan tersebut ditulis berdasarkan ilmu dan perkongsian yang diperolehnya menerusi kuliah agama yang pernah dihadiri

error: Content is protected !!