Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 12, 2024 @ 11:17am

“Saya Turut Gembira Apabila Mentua Pun Gembira” – Puteri Sarah 

Selepas khabar gembira pelakon dan pengarah sensasi, Syamsul Yusof akhirnya pulang ke pangkuan keluarga setelah lima tahun tidak berjumpa, bekas isterinya yang juga pelakon Puteri Sarah Liyana bersyukur apabila semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar.

Kata Sarah, biarpun sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Syamsul namun, dia tumpang gembira dengan apabila akhirnya dia pulang berjumpa dengan ibu bapanya.

“Sebenarnya, Syamsul sendiri yang nak jumpa mereka. Cuma saya sampai lambat sebab ada acara pada petang itu.

“Biarpun saya sudah tidak ada apa-apa hubungan dengan Syamsul, saya tumpang gembira apabila dia akhirnya pulang ke rumah untuk berjumpa dengan Papa (Datuk) dan Mama (Datin). Apatah lagi, mereka sudah bertahun tak jumpa dengan Syamsul.

“Saya pulang ke rumah dahulu ambil anak-anak dan bawa sekali jumpa datuk dan nenek mereka sebelum kami ke Vietnam untuk bercuti. Apa pun, semuanya sudah selesai,” katanya kepada pemberita.

Mengulas lanjut mengenai tindakannya hadir pada pertemuan keluarga itu, Sarah bagaimanapun menjelaskan, kehadirannya pada pertemuan itu tidak membawa apa-apa maksud atau niat lain seperti yang didakwa netizen.

“Ingin dijelaskan, sehingga detik ini saya tidak terfikir ingin kembali pada Syamsul. Saya sudah ada kehidupan sendiri dan bahagia dengan pilihan sebegini.

“Sekarang ini, saya mahu tenang-tenang saja di samping membesarkan anak-anak dan fokus pada kerjaya,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Insya-Allah Kami Akan Berkumpul Semula”- Patimah Ismail

ARTIKEL BERKAITAN:Selepas Beri Komen Terhadap Isu Cerai Anak, Hantaran Instagram Story Patimah Ismail Raih Perhatian – “I Give Birth To You, I Love You & Always Will..”

ARTIKEL BERKAITAN:“Tak Ingin Harta, Cuma Mahu Anakku Tersenyum & Memelukku” – Patimah Ismail

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Bersyukur Kalau Berita Cerai Itu Benar”- Patimah Ismail 

ARTIKEL BERKAITAN:Yusof Haslam Enggan Komen Isu Cerai Anak, Mengaku Sudah Lima Tahun Tidak Berhubung – “Allahuakbar!  Kami Tak Berani Nak Komen”

ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa Fail Cerai, Syamsul Yusof Padam Foto Kahwin Dengan Ira Kazar

ARTIKEL BERKAITAN:Peguam Sahkan Syamsul Yusof Fail Cerai Ira Kazar Pada Petang Isnin

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 30 Nov 2021

Catat Sejarah Tersendiri! ABPBH 34 Cipta Rekod Undian Tertinggi Dalam Sejarah, Capai 4.4 Juta Penonton

Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 yang melabuhkan tirai di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) di sini, pada 13 November lalu, mencipta sejarah apabila sebanyak 356,304,981 undi diterima sepanjang tempoh kempen undian selama […]

Hiburan Tue, 12 Nov 2024
Hiburan Mon, 17 Feb 2020
Hiburan Tue, 3 Mar 2020
Hiburan Fri, 24 Apr 2026

Lagu Baharu Dikritik Tak Sesuai Dengan Vokal, Syamel Tenang Terima Pandangan Negatif Netizen

Rata-rata netizen mengatakan lagu tersebut tidak sesuai dengan vokal Syamel yang dikatakan lebih gemersik dan menyentuh jiwa sekiranya menyanyikan lagu-lagu ballad.

Trending Fri, 2 Jul 2021

Peserta Vokal Mania Zareef Sein Kini Tampil Dengan Single Cinta Syurgaku

Muhammad Zareef Hussein Anwar Hussein atau nama pentasnya Zareef Sein merupakan pendatang baru dalam dunia seni suara tanah air. Penyanyi yang berasal dari Kuala Lumpur ini mula mengasah bakat nyanyiannya seawal usia 13 tahun dan […]

error: Content is protected !!