Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 15, 2024 @ 5:59pm

Bimbang Penyakit Ain, Riena Diana Elak Terlalu Kongsi Kemesraan Dengan Keith Foo Di Media Sosial – “Demi Menjaga Mental Saya…”

Pelakon, Riena Diana memilih untuk tidak terlalu berkongsi mengenai kisah percintaannya bersama kekasih hati, aktor Keith Foo di media sosial.

Ketika ditemui XTRA, aktor drama komedi Kampung People ini mengaku dia berasa bimbang dengan penyakit ain sekiranya terlalu menunjuk kemesraan mereka kepada umum.

“Sebelum ini saya rajin post video atau muat naik content dengan Keith, tapi sekarang kurangkan. Begitu juga dengan Keith.

“Tindakan kami untuk kurangkan kongsi video bersama untuk elak penyakit ain (dengki),” katanya.

Bukan itu sahaja, Riena turut menjelaskan tindakannya itu juga adalah untuk menjaga mentalnya daripada membaca komen-komen netizen.

“Saya tahu keadaan mental saya ada kala tidak berapa baik, jadi apabila baca komen akan rasa geram.

“Untuk jaga kesihatan mental, saya kurangkan post dan tidak membaca sangat komen netizen,” katanya lagi.

Riena berkata demikian ketika ditemui di sidang media drama TonTon Original Series, Salju Rindu Di Bumi Auckland di Sri Pentas, Bandar Utama, baru-baru ini.

Sebelum ini, Riena dan Keith secara terbuka memaklumkan bahawa mereka sedang hangat berjalin cinta selepas sama-sama terbabit dalam drama Tonton Original Series, Salju Rindu Di Bumi Auckland.

Selain pasangan kekasih ini, drama ini turut menampilkan barisan pelakon seperti Nabil Aqil, Kodi Rasheed dan Husna Mustaffa.

Drama penuh emosi ini berlatarbelakangkan keindahan bumi Auckland, mengisahkan tentang kekeluargaan, cinta, dan juga penebusan. Drama ini merupakan hasil terbitan Global Station yang diarahkan oleh Riza Baharudin.

Saksikan Tonton Original Series: Salju Rindu di Bumi Auckland secara eksklusif di platform penstriman Tonton melalui www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton setiap Isnin hingga Khamis, mulai 16 September 2024 hingga 31 Oktober 2024!

Artikel Berkaitan: Enggan Terburu-Buru Tamatkan Zaman Duda, Keith Foo Mahu Kenali Hati Riena Diana Lebih Mendalam Sebelum Berkahwin – “Kami Mahu Pengakhiran Yang Indah Untuk Selamanya”

Artikel Berkaitan: “Tanda Dia Bangga Dengan Pencapaian Saya” – Terharu Keith Foo Beri Hadiah, Iphone 16 Pro Max Pemangkin Semangat Riena Diana

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 16 Nov 2023
Featured Tue, 5 Aug 2025

Nabila Razali Hati-Hati, Kongsi Wajah Anak Sekadar Penuhi Permintaan Peminat – “Penyakit Ain Memang Tak Boleh Elak”

Tindakan tersebut diambil bagi mengelakkan anak lelakinya terkena penyakit ain.

Trending Tue, 7 Jul 2020
Featured Fri, 8 May 2026

Zarina Zainuddin Pertahan Aliff Syukri Mahu Bantu Remaja Kemboja – “Jangan Dengki, Tak Kira Orang Mana Pun Dah Rezeki Dia”

Zarina Zainuddin tampil mempertahankan tindakan Datuk Seri Aliff Syukri berhubung tindakannya mahu membantu seorang remaja berasal dari Kemboja yang tular menjual buah mangga di Malaysia

Hiburan Wed, 24 Oct 2018

Tahniah! Hadiah Hari Jadi Paling Indah, Rossa Dikurnia Gelaran Datuk Seri

Lima tahun yang lalu saya dianugerahkan gelaran Dato, hari ini saya dianugerahkan darjah kebesaran negeri Pahang sebagai Datuk Seri…

Hiburan Wed, 9 Oct 2019

Selepas 27 Tahun, Akhirnya Nico G…

Wah…lama tak dengar pasal kumpulan Nico G!

error: Content is protected !!