Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 3, 2024 @ 8:02pm

Bolos 15 Kategori, Nik Amir Tak Sangka Imaginur Dominasi Pencalonan FFM 33

Pengarah dan penerbit filem Imaginur, Nik Amir Mustapha, 39, tidak menyangka filem terbitannya mendominasi pencalonan Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM 33) yang bakal berlangsung pada 7 Disember ini.

Menurut Nik Amir yang merupakan penerbit di Lumatic Films Sdn Bhd, dia bersyukur kerana filem genre sains fiksyen romantik itu menerima 15 pencalonan, bukan sahaja dalam kategori Filem Terbaik, sekali gus bolos dalam kategori barisan pelakon utama dan pembantu serta pasukan kru produksi filem berkenaan.

“Soal kemenangan, saya fikir anugerah seperti ini terpulang kepada barisan juri yang membuat penilaian ke arah genre cerita yang bagaimana mereka pilih nanti.

“Kalau mereka ke arah genre cerita tertentu, kami terima sahaja keputusannya sama ada filem menang atau kalah besar pada malam kemuncak FFM 33 nanti,” katanya.

Menampilkan lakonan mantap, Diana Danielle dan Beto Kusyairy, filem Imaginur berjaya mendapat 15 dari 24 kategori pencalonan pada FFM 33 membabitkan kategori seperti Lakon Layar Terbaik, Cerita Asal Terbaik, Pelakon Wanita Harapan, Pelakon Wanita Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pengarah Terbaik, Poster Terbaik dan Sinematografi Terbaik.

Selain itu, filem itu turut membolosi kategori Skor Muzik Asal Terbaik, Penataan Seni Terbaik, Penataan Bunyi Terbaik, Penyunting Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dan Filem Terbaik.

Mengenai persaingan pula, kata Nik Amir, pastinya filem Imaginur bersaing sengit dengan filem Abang Adik serta Sheriff tetapi berlainan dalam kategori dan genre.

Filem Abang Adik arahan Jin Ong meraih 11 pencalonan dalam kategori yang dipertandingkan antaranya Pengarah Harapan, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Harapan dan Lakon Layar Terbaik.

“Saya sudah menonton filem Abang Adik karya Jin Ong itu dan ia juga filem yang bagus. Begitu juga Sheriff arahan Syafiq Yusof.

“Tanyalah pada semua calon pun pastinya semua berharap filem mereka akan menang tapi kita tunggu sahaja keputusan pada malam kemuncak,” katanya.

Berkongsi kekuatan filem Imaginur pula, kata Nik Amir, mungkin ramai penonton dapat ‘relate’ dengan jalan cerita filem berkenaan sehingga ia berjaya meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM6 juta di pawagam tanah air pada tahun lalu.

“Hasrat saya buat filem ini memang untuk tontonan rakyat Malaysia. Saya mahu kongsi karya genre filem yang disukai dan tidak biasa disajikan kepada penonton tempatan.

“Kejayaan filem Imaginur diharap dapat menarik lebih ramai lagi penonton untuk menerima genre sains fiksyen romantik selepas ini,” katanya.

Mengulas prestasi barisan pelakon pula, kata Nik Amir, dia sangat berpuas hati dengan komitmen terbaik barisan pelakon filem Imaginur terutama teraju utamanya, Beto dan Diana dalam filem itu.

“Lakonan Beto dan Diana sangat bagus seperti dikehendaki skrip dan menjiwa karakter serta mereka memang ada bakat semulajadi.

“Dari segi lakonan, mereka memang layak untuk menang kategori pelakon terbaik pada malam FFM 33 nanti,” katanya.

Malam kemuncak FFM33 berlangsung di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri Kota Media
jam 9 malam pada 7 Disember ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 5 Nov 2020
Featured Tue, 7 Dec 2021

Geramnya! Tindakan Pemandu 4X4 Langgar Kera Hingga Mati Timbulkan Kemarahan Netizen

Seorang pemandu kenderaan jenis 4X4 berwarna putih dipercayai telah melanggar beberapa ekor kera sehingga ada yang mati di sebuah jalan di kawasan perumahan Taman Majupadu, Kluang, Johor. Kejadian ini dikongsikan menerusi video yang dimuat naik […]

Hiburan Fri, 11 May 2018

Belum Rancang Tambah Anak, Sabar Ya

Belum tiba masa lagi untuk timing anak

Hiburan Tue, 10 Dec 2024
Hiburan Thu, 7 Mar 2019

‘ Belum Pernah Saya Tak Bayar Gaji’- Che Ta Jawab Dakwaan Pemandu Peribadi

Saya dan Zain pun rasa yang dia sebenarnya dihasut oleh rakan dan orang sekeliling untuk memuat naik status berunsur provokasi.

Hiburan Mon, 17 Mar 2025
Trending Fri, 9 Jul 2021

Pengurangan Sewa Selama 3 Bulan Buat Peniaga Di R&R – PLUS

Berita gembira semua buat peniaga R&R

Hiburan Sat, 26 Apr 2025
Hiburan Sun, 1 Jun 2025

Melly Goeslaw Hadirkan Emosi & Nostalgia Dalam “Konsert Ada Apa Dengan Melly…? – Prom Nite”

Konsert Melly Goeslaw bukan sekadar persembahan muzik, tetapi satu pengalaman emosional yang kaya dengan kenangan, dedikasi dan simbolik budaya pop dua negara.

Hiburan Fri, 2 Nov 2018

#ASK2018 : Jika Menang Malam Ini, Ia Bonus Buat Saya

Memegang watak sebagai pesakit kanser dalam drama Tulus Cinta, pelakon jelita ini memaklumkan dia tidak meletakkan harapan terlalu tinggi untuk menang besar malam ini. Kalau ada rezeki, Insya Allah…

error: Content is protected !!