Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 21, 2024 @ 11:00am

Ditegur PU Syed Isu Duet Dengan Arwah Suami Guna Teknologi AI, Nora Ariffin Berlapang Dada – “Saya Akan Lebih Berhati-Hati”

“Saya ambil maklum teguran itu,” demikian respons penyanyi, Datuk Nora Ariffin yang berlapang dada menerima teguran daripada pendakwah bebas, PU Syed berhubung isu menyanyi bersama Allahyarham suaminya, Johan Nawawi menerusi penggunaan video teknologi kecerdasan buatan (AI) pada Konsert Hanya Satu Datuk Nora Ariffin 30 Years Journey, Rabu lalu.

Memetik laporan Harian Metro, pelantun lagu Di Persimpangan Dilemma ini terbuka menerima teguran serta akan lebih berhati-hati.

“Saya ambil maklum teguran pihak tertentu berkaitan penggunaan video AI. Insya-Allah saya dan pasukan akan lebih berhati-hati di masa akan datang.  Terima kasih atas teguran itu,” katanya.

Sebelum ini, menerusi sebuah video di TikTok, PU Syed menjelaskan bahawa perbuatan menggerak-gerakkan gambar tanpa tujuan yang baik adalah tidak dibenarkan syarak apatah lagi dengan tujuan untuk menyanyi, selain boleh mendatangkan keaiban kepada arwah.

Justeru, PU Syed berharap agar pelantun lagu Hanyalah Satu itu mengambil iktibar daripada perkara ini sekaligus diminta untuk menjaga hati suaminya kini.

Artikel Berkaitan: Berduet Bersama Arwah Suami Guna Teknologi AI, PU Syed Tegur Nora Ariffin – “Ia Mendatangkan Keaiban & Tak Dibenarkan Syarak”

Artikel Berkaitan: Elak Kesihatan Mental Terjejas, Nora Ariffin Jumpa Psikiatri Sejak 6 Bulan Lalu

Artikel Berkaitan: Anak Tiri Nora Ariffin Meruntun Jiwa, Kongsi Gambar Ibu Bapa – “Yang Dah Kahwin Berpuluh Tahun Ni Tak Ada Tayang Menayang”

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 29 May 2019

High Heels VS Sneakers, Mana Satu Pilihan Ara Johari?

Ara juga belum bercadang tampil dengan imej berambut panjang memandangkan selesa dengan imej begini.

Hiburan Mon, 4 Mar 2019

Sudah Beli Cincin Mahu Lamar, Nabil Mahir Akur Ketentuan Tuhan

Saya reda dengan ketentuan Illah. Rancangan awal, saya mahu melamarnya pada ulang tahun kelima perhubungan kami

Hiburan Wed, 30 Apr 2025

“Bukan Ditahan, Cuma Dileraikan Polis” – Saiful Apek

Saiful Apek yang menafikan dirinya ditahan pihak berkuasa seperti yang digambarkan dalam foto tular, baru-baru ini.

Hiburan Sat, 30 Dec 2017

Nora Danish Sukar Melahirkan Anak Secara Normal?

Bayi ini besar berbanding anak pertama dulu jadi …

Trending Fri, 14 Jun 2024
Events Thu, 15 Dec 2022

Majlis Terima Kasih Cikgu Didik TV KPM 2022 Hadiah Penghargaan Buat Warga Pendidik

Guru adalah obor ilmu menjadi cahaya dalam membantu pelajar untuk berjaya di dalam pelajaran. Oleh itu, NTV7 rangkaian televisyen Media Prima Berhad (MPB) telah menganjurkan majlis Terima Kasih Cikgu Didik TV KPM 2022 Majlis ini […]

Featured Thu, 9 Oct 2025

Hazwani Helmi Titip Pesanan Sukarelawan GSF Luar Negara Buat Rakyat Malaysia – “Ini Hanyalah Permulaan”

Hazwani Helmi tampil menyampaikan pesanan rakan-rakannya dari pelbagai negara buat rakyat Malaysia.

Trending Mon, 23 Nov 2020
error: Content is protected !!