Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 2, 2025 @ 5:10pm

Didakwa Miliki Dadah, Pelawak Popular Dipenjara 6 Bulan Di Jeddah

Pelawak popular dilaporkan bakal menjalani hukuman penjara selama enam bukan di Jeddah, Arab Saudi atas kesalahan dadah.

Difahamkan, pelawak tersebut menerima hukuman penjara tersebut selepas perbicaraannya yang dilakukan pada November lalu.

Memetik laporan Harian Metro, pelawak itu berkemungkinan boleh dibebaskan lebih awal, sekiranya dia berkelamuan baik.

“Berdasarkan penghakiman, dia dijangka selesai menjalani hukuman penjara itu pada April ini,” kata sumber.

Terdahulu, Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh mengesahkan penahanan seorang rakyat Malaysia di Jeddah, atas dakwaan memiliki dadah jenis ganja, namun tidak mendedahkan identitinya.

Sejak penahanannya, Kedutaan Besar Malaysia dan Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah memberikan bantuan konsular kepada pelawak berkenaan.

Artikel Berkaitan: Disyaki Miliki Ganja Ketika Tunai Umrah, Pelawak Kena Tahan Di Jeddah

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 27 Nov 2020
Featured Mon, 1 Aug 2022
Featured Tue, 22 Apr 2025

“Mama Pesan Jangan Sedih, Biarkan Dunia Kecam… Allah Tetap Ada” – Rebecca Nur Al Islam Bangkit Hadapi Dugaan

Rebecca turut menyatakan tekadnya untuk kekal tabah dalam menghadapi pelbagai ujian dan fitnah.

Trending Thu, 26 Dec 2019

Azhan Rani Dedah Taktik ”Scammer” Hingga Duit Habis Lesap

Artis pun terkena juga dengan scammer ya

error: Content is protected !!