Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 25, 2025 @ 5:24pm

Nama Dipetik Dalam Video Parodi Imran Bard, Zulin Aziz Dipuji Tak Cepat Melatah – “Kalau Faham Konsep, Insya-Allah Tak Ada Apa Pun”

Pelakon dan pengacara, Zulin Aziz dipuji tidak cepat melatah meskipun namanya turut dipetik dalam video parodi pempengaruh sensasi, Imran Bard.

Video parodi tersebut memaparkan Imran seolah-olah menjadi juri dalam sebuah pertandingan realiti nyanyian mengkritik vokal Zulin yang dikatakan tidak bagus.

Zulin atau nama sebenarnya, Farah Azleenda Abdul Aziz, 36, secara bersahaja meninggalkan komen yang dilihat terhibur dengan video parodi tersebut.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, ramai dalam kalangan netizen memuji Zulin tidak berkecil hati atau memandang video parodi tersebut satu hinaan atau mencemarkan namanya.

Menyedari namanya menjadi perbualan hangat di ruangan komen itu, Zulin tampil menjelaskan keadaan mengapa dia tidak menjadikan video parodi itu satu isu.

“Saya okay saja nama pun parodi tetapi bergantung kepada penerimaan masing-masing. Babak itu pun dia (Imran) reka cuma watak saja watak kita.. tak ada sebab nak marah.

“Zulin diatas (dalam video parodi) adalah watak Zulin yang masuk pertandingan nyanyian dan suara kelaut. Dia (Imran) pula bawa watak juri. Lainlah kalau dia parodi situasi sebenar kehidupan kita yang menyentuh isu-isu peribadi.

“Jadi saya pun komen berdasarkan watak itu. Kalau faham konsepnya, Insya-Allah tak ada apa pun,” katanya.

@iimeringue

♬ original sound – Memerang – Memerang

Sebelum ini, pelakon senior Ellie Suriaty meluahkan rasa terkilan terhadap ‘content’ parodi Imran yang memetik namanya sehingga mendakwa aktres itu ‘kacip’ dan mengambil dadah.

Berang dengan perbuatan itu, Ellie menegaskan dia hanya akan menerima permohonan maaf daripada ibu bapa Imran.

Artikel Berkaitan: Maruah Tercalar, Ellie Suriaty Tuntut Ibu Bapa Imran Bard Minta Maaf – “Saya Tak Reda & Dah Buat Laporan Polis!”

Artikel Berkaitan: Imran Bard Respons Tuntutan Ellie Suriaty Minta Ibu Bapa Minta Maaf – “Saya Hormat Dia Sebagai Orang Tua”

Artikel Berkaitan: Peguam Asiah Jalil Persoalkan Tindakan Ellie Suriaty Minta Ibu Bapa Imran Bard Mohon Maaf – “Tiada Apa Yang Fitnah Dalam Video Parodi Itu”

Artikel Berkaitan: “Kalau Adab Tu Tak Ada, Jangan Rasa Diri Hebat”- Rita Rudaini Selar Tindakan Imran Bard

Artikel Berkaitan: “Awak Ambil Vaksin Tak?” – Warganet Dakwa Imran Bard Perli Rita Rudaini?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 14 Jan 2019

Haneesya Hanee Juara Dewi Remaja 2018/2019, Tahniah!

Tahniah si cantik manis, you deserved it girl!

Hiburan Sun, 10 Jun 2018

Mira Filzah Tak Mahu Kongsi Banyak Kisah Peribadi

Nak kata ada ciri-ciri lelaki idaman tu, tak tahu la tetapi saya selesa berkawan dan bergaul dengannya.

Hiburan Fri, 9 Aug 2024
Hiburan Wed, 27 Nov 2019

Perempuan DM Ayda Jebat Ajak ‘Couple’?

Ni tuntutan watak je lah…Ayda masih perempuan sejati.

Featured Tue, 5 Nov 2024

“Nak Hidup Mewah, Sondol Suami Orang” – Elvina Mohamad

Elvina menganggap penyondol yang menjadi perosak rumah tangga dan sanggup menjadi orang ketiga dalam sebuah perhubungan dianggap sebagai memiliki fikiran yang singkat.

Trending Sat, 17 Mar 2018

Vietnam Restaurant Preserves President Obama’s Table and Utensils!

After former President Barack Obama visited a Vietnamsee street restaurant, the restaurant decides to preserve the table and utensils that he used before!

Hiburan Mon, 1 Apr 2019
Featured Sun, 28 Nov 2021

YouTuber Lakon Semula ‘Squid Game’ Tawar Hadiah Utama RM1.9 juta

Seorang penghasil kandungan di Youtube meniru cabaran dalam permainan drama bersiri popular Netflix, Squid Game, dengan peserta berpeluang memenangi hadiah utama sebanyak $456,000 (RM1.9 juta). YouTuber popular Mr. Beast yang mempunyai 76.4 juta pelanggan berkata, […]

error: Content is protected !!