Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin February 28, 2025 @ 7:31pm

“Jangan Pukul Rata Semua Content Creator Bermasalah” – Abam Panda & Isteri Berhati-Hati Cipta Kandungan, Turut Kongsi Rezeki Dengan Orang Ramai

Pempengaruh media sosial terkenal, Abam Panda yang memiliki 1.1 juta pengikut di TikTok menyeru warganet agar tidak terus melabelkan semua pencipta kandungan bersikap negatif atau bermasalah.

Ketika diminta mengulas mengenai kontroversi yang melibatkan beberapa pempengaruh sehingga memberi kesan kepada industri pencipta kandungan secara keseluruhan, Abam Panda atau nama sebenarnya, Zuljamal Zulkefli, 29, bersama isterinya, Nurul Atiqah, 27, menegaskan masih ramai individu dalam industri ini yang menghasilkan kandungan bermanfaat, termasuk berkongsi rezeki dengan masyarakat.

“Saya tidak mahu mengulas mengenai isu yang sedang hangat membabitkan pempengaruh baru-baru ini dan berharap perkara itu dapat diselesaikan dengan baik. Namun, saya ingin mengingatkan agar masyarakat tidak terus melabel semua pencipta kandungan sebagai bermasalah kerana masih ramai yang menghasilkan kandungan positif, jangan pukul rata.

“Sebagai contoh, hari ini saya dan isteri turun padang untuk berkongsi rezeki dengan orang ramai. Kami mengedarkan ayam mentah secara percuma kepada penduduk Flat Danau Kota, Setapak,” katanya.

@abam_panda Replying to @syazwan @Fie | Founder Perfume Paradise @Perfume Paradise HQ ♬ suara asli – adiit

Sementara itu, Atiqah menekankan mereka sentiasa berhati-hati dalam menghasilkan kandungan di media sosial agar tidak melanggar batas atau menyentuh isu sensitif.

“Kandungan kami lebih tertumpu kepada hubungan suami isteri serta promosi produk. Video yang dihasilkan merupakan sumber rezeki bagi keluarga kami.

“Sebelum ini, kami juga pernah melakukan kesilapan dalam menghasilkan kandungan, tetapi kami belajar daripadanya dan memastikan kesilapan itu tidak berulang. Kini, kami lebih berhati-hati agar kandungan yang dihasilkan tidak menyinggung mana-mana pihak,” jelasnya kepada XTRA.

Pasangan ini ditemui ketika menghadiri program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dianjurkan oleh jenama wangian, Perfume Paradise di Flat Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur, pada Rabu.

Dalam pada itu, Pengasas Perfume Paradise, Nur Afiqah Amran, menyatakan kejayaan syarikatnya dalam industri wangian menjadi pemangkin untuk mereka melaksanakan lebih banyak program kebajikan demi memberi manfaat kepada masyarakat.

“Dengan pencapaian yang semakin kukuh, kami merasakan inilah masa terbaik untuk berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan. Kerjasama bersama Abam Panda terjalin kerana kami melihat beliau sebagai ikon kepada ramai ketua keluarga yang gigih berusaha demi mengubah kehidupan mereka.

“Melalui kolaborasi ini, kami berharap dapat membina hubungan yang lebih erat dengan masyarakat dan terus menyokong golongan yang memerlukan.

“Selain menjadi wajah utama program ini, Abam Panda juga turut serta dalam pengagihan sumbangan, dan kami merancang untuk bekerjasama dengannya dalam lebih banyak inisiatif CSR pada masa hadapan,” katanya.

Sebagai langkah jangka panjang, Perfume Paradise bercadang untuk menjadikan program CSR ini sebagai inisiatif berterusan yang bukan hanya diadakan setahun sekali, tetapi secara berkala untuk memberi lebih banyak manfaat kepada masyarakat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 7 Dec 2018

‘Pose Hebat Tapi Hutang Liat Nak Bayar’, Aliff Syukri Sindir Siapa?

Hello, dah berhutang tu pandai-pandailah bayar balik eh…

Events Wed, 2 Nov 2022

Eizlan Yusof, Ahmad Idham & Lando Zawawi Antara Calon PRU15 Wakili Gerakan Tanah Air (GTA)

Eizlan, Idham & Lando bakal bertanding di Sabak Bernam, Port Dickson & Tanjong Karang.

Trending Mon, 17 Jul 2023

Warga Emas Berkerusi Roda & Anak Didakwa Rogol Gadis Bawah Umur Dalam Kereta

Dah lebih umur sepatutnya tambah amal ibadah tapi tulah…

Hiburan Tue, 21 Nov 2017

Scam RM30,000 Datuk Seri Vida Nyaris Jadi Mangsa

Jangan ingat kita orang luar sahaja yang terkena scam, Datuk Seri Vida pun nyaris jadi mangsa. Kalau tak dah kerugian RM 30,000

Hiburan Thu, 12 Jul 2018

Tahniah! Memey Suhaiza Dapat Anak Perempuan

Berita gembira tersebut dikongsikan suami Memey, pelakon Norman Hakim, 42, menerusi laman Instagramnya sebentar tadi.

Featured Wed, 19 Feb 2025

Sebak! Ibu Kenang 5 Tahun Pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair

Ibunya menyifatkan pemergian Ashraf seperti baru berlaku semalam.

Hiburan Mon, 13 May 2019

Belum Sedia Bawa Watak Utama Dalam Filem, Mia Nasir Tarik Diri Dari Wangi!

Mia Nasir mahu fokus dalam bidang perniagaan berbanding lakonan buat masa ini.

error: Content is protected !!