Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin April 17, 2025 @ 5:29pm

7 Hari Tayangan, Filem Blood Brothers Kini Catat Kutipan RM29.9 Juta!

Filem aksi  Blood Brothers: Bara Naga arahan Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra sekali lagi mencatatkan kutipan pembukaan tertinggi tahun ini dengan RM29.9 juta dalam tempoh 7 hari tayangan termasuk tayangan awal.

Dengan jalan cerita yang penuh debaran dan lakonan hebat oleh barisan pelakon, filem ini berjaya menarik perhatian penonton dan kini muncul sebagai antara filem tempatan yang paling menonjol tahun ini.

Setelah menjelajah Johor, Melaka, dan Lembah Klang, Jelajah Bara Naga kini bersedia untuk bertemu peminat di Sabah hujung pada minggu ini.

Sambutan hangat yang diterima di setiap lokasi jelajah menjadikan filem ini terus diterima dan ditonton segenap lapisan masyarakat.

Sebelum ini, Datuk Yusof Haslam, 71,  mewakili anaknya merangkap pengarah filem, Syafiq Yusof, dalam satu sidang media khas yang berlangsung pada Isnin mengumumkan filem aksi epik ini terus berjaya meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM21 juta hanya dalam tempoh empat hari tayangan.

ARTIKEL BERKAITAN:Blood Brothers Filem Aksi Paling Sukar Dihasilkan Syafiq Yusof

ARTIKEL BERKAITAN: Blood Brothers: Bara Naga Cetus Fenomena! Kutip RM9.2 Juta Dalam Masa 2 Hari Tayangan

ARTIKEL BERKAITAN: Terus Cetus Fenomena, Filem Blood Brothers: Bara Naga Raih 21 Juta Kutipan Dalam Masa 4 Hari Tayangan!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 18 Nov 2025

Perempuan Hanya Kemas Rumah & K*ngkang? Mekyun Bidas Kenyataan DMA Islam – “Lelaki Macam Ni Punca Wanita Hilang Respect”

Mekyun berkata, tindakan itu sebagai mentaliti lapuk dan merendahkan martabat wanita.

Hiburan Sat, 24 Aug 2019
Hiburan Tue, 19 Dec 2023
Hiburan Thu, 21 Mar 2019

’Saya Bukan Imam Yang Baik’- Rashidi Ishak Umum Bercerai

‘Saya bukanlah seorang imam yang baik,” kata pelakon Rashidi Ishak memaklumkan memaklumkan dia dan isteri, pelakon Vanidah Imran sudah bercerai sejak 9 Ogos 2018. Pengakuan beliau akhirnya menjawab teka teki yang menjadi persoalan orang ramai […]

Hiburan Wed, 1 Sep 2021

“Walaupun Dalam Keadaan Negara Yang Mencabar, Kita Harus…” – Bunkface

Mengambil kira situasi semasa tatkala negara masih lagi ‘berperang’ dengan virus Covid-19, kumpulan rock ternama tempatan, Bunkface mengambil langkah tersendiri dengan memberi nafas baharu terhadap single Kita Punya Malaysia. Menariknya, lagu Kita Punya Malaysia yang […]

Trending Fri, 26 Mar 2021
error: Content is protected !!