Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 3, 2025 @ 2:39pm

Ajai Mohon Maaf Isu Konsert 4U2C – “Saya Harap Perkara Ini Dapat Diselesaikan Cara Baik”

Penyanyi dan komposer terkenal, Ajai tampil memberikan respons susulan kenyataan yang dikeluarkan oleh anggota kumpulan 4U2C, Datuk AC Mizal.

Kata Ajai, dia memohon maaf sekiranya ada pihak menyalah tafsir kenyataannya sebelum ini berhubung hak cipta sepenuhnya lagu-lagu 4U2C yang diutarakan oleh Man Senoi dan isterinya, Mama Rap.

Jelasnya, kenyataan yang dikeluarkan itu bukan bertujuan untuk menghilang mana-mana pihak daripada berkarya.

“Saya ingin menjelaskan kenyataan saya sebelum ini berkenaan konsert 4U2C.

“Sekiranya kenyataan saya telah disalah tafsir atau menyinggung mana-mana pihak, saya mohon maaf.

“Ia bukan bertujuan untuk menghalang mana-mana pihak daripada berkarya.

“Saya menyokong usaha mana-mana artis untuk terus berkarya dan berharap segala perkaar dapat diselesaikan secara baik dan berhemah. Terima kasih,” katanya.

Perkara itu dikongsi Ajai menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada, Rabu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MOHD FAIZAL MAAS🇲🇾 (@byajai)

Terdahulu, AC Mizal mengakui kecewa apabila Ajai menyatakan kumpulan 4U2C  tidak boleh mengadakan konsert  tanpa kebenaran  pemilik lagu-lagu yang dinyanyikan.

Dan,  4U2C menerusi peguam mereka Carlos Mak Chuen Yuan, menuntut permohonan maaf terbuka daripada beberapa individu yang didakwa telah mengeluarkan kenyataan palsu dan bersifat fitnah sehingga menjejaskan reputasi kumpulan serta perjalanan konsert mereka yang akan datang.

Menurut Carlos, segala lesen dan permit bagi penganjuran konsert WE 4U2C Live in Concert pada 15 September 2025 di Idea Live Arena, Petaling Jaya telah diperoleh secara sah dan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak berwajib.

ARTIKEL BERKAITAN:4U2C Tuntut Permohonan Maaf 24 Jam, Sedia Ambil Tindakan Undang-Undang Isu Hak Cipta – “Kenapa Agresif Sangat Nak Hentam, Tutup Periuk Nasi Kami”

ARTIKEL BERKAITAN:“Demi Allah Kami Tuntut Hak” – Komposer & Penerbit Nafi Ambil Kesempatan Pada 4U2C

ARTIKEL BERKAITAN:“Jangan Cuba Main Api, Ini Bahaya” – Komposer & Penerbit Pertikai Penganjuran Konsert 4U2C

ARTIKEL BERKAITAN:“Kami Macam Adik Beradik, Tak Ada Konflik Langsung” – AC Mizal Perjelas Punca Perpecahan Kumpulan 4U2C

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 16 Nov 2024

Tokoh Muzik Terkenal S Atan Meninggal Dunia

Datuk S Atan meninggal dunia akibat jangkitan kuman paru-paru di rumahnya di Kajang pada jam 3.23 petang tadi.

Featured Wed, 6 Aug 2025

Shuib Titip Ucapan Istimewa Buat Ayash Affan – “Ibu! Anak Awak Dah 4 Tahun”

Shuib mendoakan anaknya itu menjadi anak yang soleh.

Trending Fri, 23 Mar 2018

Pengasas Toys ‘R’ Us Meninggal Dunia

Beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada pagi Khamis lalu dan berita tersebut telah disahkan oleh syarikat berkenaan.

Hiburan Fri, 1 Aug 2025

Hidung Mancung Jadi Tumpuan, Kejelitaan Ezzanie Jasny Raih Perhatian Warganet

Netizen pertikai hidung Ezzanie Jasny original atau tidak

Featured Thu, 30 Apr 2026

Fazura Dedah Fatima Mahu Ikut Jejak ‘Pak Long’, Lanjut Pengajian Di Luar Negara

Kata Fazura, Fatima meluahkan impiannya itu selepas melihat kejayaan abang sulungnya, Dr. Yusrizam yang telah berjaya menamatkan pengajian di peringkat Sarjana dalam jurusan Undang-Undang di University of London, United Kingdom.

Events Sat, 12 Nov 2022

SFMM37: Pertaruh 2 Lagu, Ini Masa Terbaik Naim Daniel Untuk Melatih Suara

Tercalon sebagai salah seorang penyanyi yang berjaya layak ke Separuh Akhir Muzik Muzik 37 (SFMM37), Naim Daniel mempertaruhkan dua lagu iaitu berjudul Mainan dan Habis Sini yang turut menampilkan Joe Flizzow. Menurut Naim, selepas Perintah […]

Trending Mon, 26 Jul 2021
Featured Tue, 24 Oct 2023

“Darah Keluar & Sakit Perut Hingga Menggigil” – Tak Sangka Diri Hamil, Zizi Kirana Alami Keguguran 

Innalillahwainnailaihirrojiun. Moga ada rezeki lain inshaa-Allah💗

Hiburan Thu, 25 Sep 2025
Hiburan Sat, 17 Aug 2019
error: Content is protected !!