Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 7, 2025 @ 2:43pm

Nora Danish Tepis Dakwaan Bakal Berkahwin Esok – “Foto & Video Tular Hanya Marketing, Tak Ada Kena Mengena Dengan Saya”

Pelakon popular Nora Danish menepis dakwaan bakal bernikah dengan seorang jejaka dikenali sebagai Mickey Ayo.

Menurut aktres yang menuai populariti menerusi sitcom Puteri ini, foto dan video yang tersebar di media sosial hanyalah sebahagian daripada kempen pemasaran produk dan langsung tidak ada kaitan dengan kehidupannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Spekulasi Hubungan Nora Danish, Mickey Ayo Semakin Panas! Kad Kahwin ‘M & N’ Bertarikh 080925 Cetus Persoalan

“Assalamualaikum semua, ramai yang tertanya-tanya tentang foto yang viral baru-baru ini. Dengan rasa kasih dan hormat saya ingin jelaskan saya tidak akan berkahwin esok (Isnin).

“Foto dan video yang tular itu adalah sebahagian daripada kempen pemasaran jenama dan secara peribadi ia tidak ada kena mengena dengan saya,” katanya.

Perkara itu dikongsikan Nora atau nama sebenarnya, Nora Mohd Danish Hanif, 43, menerusi hantaran di ruangan Instagram Story, sebentar tadi.

Dalam masa sama, ibu tunggal kepada dua cahaya mata lelaki itu turut berterima kasih kepada peminat yang tidak henti-henti mendoakan kebahagiaannya.

“Saya sangat hargai segala perhatian dan doa daripada anda semua. Saya harap kenyataan ini dapat menjelaskan tentang salah faham berlaku.

“Terima kasih kerana sentiasa menyokong saya dengan perhatian dan kebaikan kalian. Sayang semuanya,” ujarnya.

Terdahulu, perhatian netizen tertumpu kepada perkongsian gambar Nora bersama seorang lelaki berkaca mata yang memakai kopiah.

ARTIKEL BERKAITAN: Duda Anak Dua Didakwa Kekasih Baru Nora Danish?

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Tinjau Media Sosial Milik Jejaka Misteri, Cincin Tasbih & Hoodie Didakwa Kepunyaan Nora Danish?

Spekulasi mula tercetus apabila warganet mendakwa lelaki itu adalah duda anak dua dikenali sebagai Mickey Ayo.

Kecurigaan semakin kuat selepas Mickey muncul dalam video dimuat naik sebuah jenama sampin di Instagram, di mana dia menyatakan masih percaya pada cinta biarpun sudah dua kali gagal dalam rumah tangga.

Dalam rakaman itu, Mickey turut mengenakan persalinan baju Melayu serba putih seakan-akan pengantin lelaki.

Lebih mencetuskan tanda tanya, muncul pula foto kad undangan perkahwinan bertarikh 8 September 2025 dengan huruf M dan N, yang dikaitkan netizen dengan nama Mickey dan Nora.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 30 Jul 2021

Harapan Negara, Nur Dhabitah Mara Ke Separuh Akhir Olimpik Tokyo 2020

Penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri berjaya mara ke saingan separuh akhir acara terjun 3 meter (m) papan anjal individu wanita selepas mempamerkan aksi cemerlang dalam peringkat kelayakan di Pusat Akuatik Tokyo pada Jumaat. Nur Dhabitah […]

Hiburan Thu, 30 Oct 2025
Featured Tue, 24 Dec 2024

Sambut Ulang Tahun Pertama Perkahwinan, Syafie Naswip Dedah Isteri Alami Keguguran

Ayie mendedahkan isterinya mengalami keguguran empat bulan lalu.

Hiburan Sat, 17 Aug 2024
Trending Fri, 21 Dec 2018

Miliki Nama ‘Trump’, Kanak-Kanak Ini Minta Tukar Nama

Hanya Kerana Miliki Nama ‘Trump’, Kanak-Kanak Ini Minta Tukar Nama

error: Content is protected !!