Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 12, 2025 @ 5:03pm

“Tenang Semua, Jodoh Aturan Allah…” – Amira Othman

Penyanyi, Amira Othman mencuri tumpuan apabila menitipkan pesanan kepada netizen, selepas berita pernikahannya bersama aktor, Fattah Amin pada Ahad ini mendapat pelbagai reaksi peminat.

Menerusi video siaran langsung tular di platform Threads, Amira atau nama lengkapnya, Nadia Amira Othman, 32, meminta netizen untuk kekal tenang kerana semua yang berlaku adalah ketentuan Illahi.

“Tenang ya semua, jodoh ajal maut telah Allah tulis dan tentukan. Terima kasih di atas doa yang baik-baik. Kita doa yang baik untuk orang, kita pun akan dapat benda baik,” katanya.

Dalam masa sama, pelantun lagu Dalam Sujudmu ini menyifatkan tiada kesalahan sekiranya mendoakan perkara yang terbaik buat orang lain, sebaliknya mereka akan menerima ganjaran kebaikan yang sama juga.

“Cakap dan buat benda baik-baik. Nanti Allah bagi benda baik untuk kita. Tak rugi pun sebab esok lusa kalau kita mati itulah yang kita bawa, segala amalan kita. Kita tak boleh jahat dekat orang.

“Dosa dengan manusia tak selesai sekali pun mati syahid,” ujarnya.

Sementara itu, Amira juga mengakui terharu ramai yang mengucapkan tahniah kerana akhirnya menemui jodoh bersama Fattah sehingga mereka menitiskan air mata.

“Saya pergi event ramai yang ucap tahniah dekat saya lepastu mereka menangis. Sweet sangat. Saya ni tak boleh tengok orang menangis, saya ni penyedih. Jadi saya mohon doakan yang baik-baik,” katanya.

 

View on Threads

 

Pada Isnin, industri hiburan digemparkan dengan pendedahan Fattah yang secara terbuka memaklumkan majlis ijab dan kabulnya bersama pilihan hati, penyanyi Amira Othman bakal berlangsung pada 14 September 2025, Ahad ini.

Setelah sekian lama berteki-teki dengan hubungan mereka, aktor filem terkenal Pendekar Awang: Darah Indera Gajah ini mengakui bersedia untuk menukar status mereka daripada ‘rakan sekerja’ kepada ‘rakan serumah’.

Majlis ijab dan kabul pasangan sejoli itu akan disiarkan secara langsung menerusi aplikasi Unifi TV secara percuma, malah sebanyak 10 episod menceritakan persiapan mereka menjelang hari bahagia juga bakal dipaparkan kepada tontonan umum.

Sekadar info, Fattah dan Amira sebelum ini pernah menafikan dakwaan wujud hubungan istimewa antara mereka dek kerana sering tampil bersama di acara-acara besar selain sering mengenakan pakaian sedondon atas alasan urusan kerja.

Terdahulu, Fattah pernah mendirikan rumah tangga bersama selebriti, Nur Fazura, namun selepas tujuh tahun berkahwin mereka sah bercerai talak satu pada 7 Oktober 2024.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, yang kini berusia 5 tahun.

Artikel Berkaitan: Pengurus Dedah Fattah Amin & Amira Othman Tak Lalui Proses Pertunangan.. Pilih Bercinta Lepas Nikah

Artikel Berkaitan:“Saya Yakin Amira Othman Akan Jadi Mak Tiri Yang Sangat Baik” – Pengurus Fattah Amin

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 17 May 2018

西城秀树骤逝!心脏衰竭享寿63岁

以翻唱《YMCA》走红的日本殿堂级歌手西城秀树,曾在2003及2011年两度中风,造成右半身麻痹后遗症,不过2016年克服身体不适;没想到17日传出他因心脏衰竭骤逝,享寿63岁。

Hiburan Fri, 7 Mar 2025

Jayakan Projek ‘100 Lagu 100 Tahun’, Lah Ahmad & Dr Azmeer Beri ‘Penantian’ Nafas Baharu

Dalam versi terbaharu ini, Penantian digubah semula dengan susunan muzik yang lebih segar dan kontemporari.

Trending Tue, 28 Jan 2020
Hiburan Sun, 15 Dec 2024

Famili Duo 4: Tomok & Sharul Kamal Tekad Kekal Momentum, Mahu Beri Persembahan ‘Wow’ Di Pentas Akhir

Semoga kemenangan Famili Duo 4 berpihak kepada Tomok dan Sharul Kamal!

Hiburan Sat, 29 Mar 2025

[VIDEO] Sebak! Nurul Shuhada Kongsi Gelagat Anak Sampai Tertidur Nak Cari Abah Baru – “I Dont Have A Father…”

Anak Hafidz Roshdi iaitu Umar mencuri perhatian mahu cari bapa baru untuk Shuhada

Trending Wed, 10 Apr 2019

“Saya Masuk Sempadan Bunian”- Netizen Kongsi Kembali Kisah Remaja Hilang Di Broga

Mohd Azarul Mukhriz yang hilang di Broga mengakui dijaga oleh keluarga bunian

error: Content is protected !!