Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 24, 2026 @ 7:58pm

“Kami Sedia Disaman, Dipenjara Sekalipun” – Puteri Balqis Tegas Pertahan Kenyataan

Pelakon, Puteri Balqis memaklumkan dirinya berkemungkinan berdepan tindakan saman susulan kenyataan yang dibuat sebelum ini, dipercayai atas dakwaan tidak mempunyai bukti kukuh.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Puteri Balqis atau lebih mesra disapa Aqish menjelaskan dia bersama ahli keluarganya sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk tindakan undang-undang.

“Melalui WhatsApp yang kami terima, kami mungkin bakal disaman kerana kami tak cukup bukti. Kami berempat bersedia untuk disaman, dipenjara atau apa saja kemungkinan yang bakal berlaku,” katanya.

Bagaimanapun, Aqish menegaskan pendirian keluarganya kekal dan mereka tidak akan berganjak daripada kenyataan yang telah dibuat sebelum ini.

“Tapi kami tak akan berganjak sedikit pun daripada apa yang kami kata. Untuk kali ini, tidak akan ada seorang pun daripada keluarga kami yang akan membenarkan ibu disaman seorang diri atau bergari seorang diri. Kami berempat akan sama-sama tempuh,” ujarnya.

Menurut Aqish, penjelasan panjang yang dibuat di media sosial adalah perlu bagi menjelaskan situasi sebenar, namun menegaskan pihaknya tidak akan melibatkan individu yang tidak berkaitan.

“Saya minta maaf kerana kali ini penjelasan agak panjang. Kami perlu terangkan. Seperti yang kami katakan, kami tidak akan seret orang-orang yang tiada kaitan. Kami kekalkan siapa yang tikam kami sahaja,” katanya.

Dalam masa sama, Aqish turut mendedahkan pihaknya bersedia untuk berkongsi bukti-bukti membabitkan isu tersebut bagi mempertahankan diri dan keluarganya.

“Antara WhatsApp yang bakal kami kongsikan adalah daripada rakan kepada Mia Sara Nasuha sendiri. Kami akan ‘screenshot’ satu persatu. Kami tidak akan padam atau kaburkan ayat semata-mata untuk menampakkan kami baik. Mereka yang tiada kena mengena, tidak akan kami seret untuk ‘backup’ kami,” jelasnya.

Sejak kebelakangan ini, nama Aqish menjadi tumpuan ramai apabila dia meluahkan rasa berang terhadap Mia Sara Nasuha yang didakwa telah memerangkap serta memfitnah dirinya dan ibu, Norashikin.

Keadaan dilihat semakin tegang apabila satu kenyataan berbentuk umum yang dimuat naik oleh aktres, Janna Nick, disalah tafsir sehingga mencetuskan pertukaran kenyataan antara beliau dan Aqish di media sosial.

Dalam perkembangan sama, Mia Sara Nasuha sehingga kini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi meskipun namanya terus menjadi bualan hangat netizen berhubung pelbagai dakwaan yang tular kebelakangan ini.

Artikel Berkaitan: “Yang Makan D*dah, Minum Ar*k, Gugurkan Anak Bukan Aku, 100 Peratus Kau!,” – Puteri Balqis Gesa Mia Sara Mohon Maaf

Artikel Berkaitan: Bapa Tiri Puteri Balqis Naik Angin, Dakwa Mia Sara Terlibat Gejala Sosial – “Sebab Mulut Kau, Aku Hampir Hilang Nyawa Isteri!”

Artikel Berkaitan: Ibu Puteri Balqis ‘Buka Mulut’, Dakwa Janna Nick Tiada Empati – “Ini Bukan Neutral, Tapi Backhanded!”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kisah Viral Tue, 18 Jun 2024

Mahu Bernikah & Berpoligami, Hampir 30 Pasangan Malaysia Ke Selatan Thailand Setiap Bulan 

Sanggup datang dari jauh semata nak bernikah dan berpoligami di Thailand

Hiburan Wed, 20 Nov 2019

Kes Curi Aliff Ditangguhkan Kerana Tuduhan Ketiga

Jangan disia-siakan bakat yang ada ye dik?

Hiburan Fri, 7 Jul 2023
Featured Wed, 8 Apr 2026

“Kau Jawablah Nanti Dekat Akhirat” – Fattah Amin Pertahan Diri, Yakin Tindakan Dibuat Adalah Betul & Bersebab

Fattah Amin tampil memeprtahankan dirinya susulan isu tular mengaitkan dirinya baru-baru ini.

Agama Thu, 27 Jun 2024

Kecoh Trend Childfree, Ini Pencerahan Pejabat Mufti

Jangan kecoh, ini pencerahan Mufti

Hiburan Mon, 13 Jan 2025
error: Content is protected !!