Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin January 25, 2026 @ 5:53pm

Saksikan ‘Madu Tiga Live In Concert’ Bersama MPO, PMX Hargai Legasi P. Ramlee

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, meluangkan masa menyaksikan Konsert Live P. Ramlee “Madu Tiga” yang dipersembahkan oleh Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) di Dewan Filharmonik PETRONAS, Kuala Lumpur, pada Jumaat.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Anwar memuji kepimpinan konduktor Ahmad Muriz Che Rose serta pasukan MPO yang disifatkan sebagai berdedikasi dan profesional dalam menyampaikan persembahan muzik yang mengagumkan.

Menurut Anwar, karya-karya Allahyarham P. Ramlee bukan sekadar hiburan, sebaliknya menjadi cerminan nilai, budaya dan identiti seni negara yang wajar terus dihargai. Malah, seni Allahyarham turut mengajar kepentingan kreativiti serta dedikasi dalam berkarya, selain menjadi sumber inspirasi kepada masyarakat.

Anwar turut berharap generasi masa kini akan terus memelihara warisan seni tanah air serta mengenang sumbangan besar Allahyarham P. Ramlee dalam membentuk industri hiburan negara.

ARTIKEL BERKAITAN: MPO Buka Musim Baharu Dengan ‘Madu Tiga Live In Concert’ di DFP

Untuk rekod, Konsert Live P. Ramlee Madu Tiga merupakan tayangan filem klasik Madu Tiga terbitan 1964 yang diiringi muzik orkestra secara langsung oleh MPO di bawah pimpinan Ahmad Muriz Che Rose.

Persembahan ini berlangsung pada Jumaat dan Sabtu, 23 serta 24 Januari 2026, bermula jam 8 malam di Dewan Filharmonik PETRONAS. Tayangan filem konsert ini berdurasi kira-kira dua jam termasuk rehat selama 20 minit

Madu Tiga mengisahkan watak Jamil lakonan P. Ramlee yang berkahwin dengan tiga wanita secara rahsia sebelum helahnya terbongkar, sekali gus menampilkan komedi situasi, sindiran sosial dan mesej kemanusiaan yang kekal relevan hingga kini.

Persembahan berformat konsert ini turut dianggap sebagai penghormatan kepada legasi sinema Melayu klasik serta usaha memperkenalkan karya agung tempatan kepada generasi baharu melalui pendekatan muzik orkestra.

Kredit Foto: FB PMX

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 6 Nov 2024

Bell Ngasri Berseloroh, ‘Warning’ Fattah Amin Minta Nyanyi Live Tanpa Guna Mikrofon – “Kalau Nyanyi Tak Sedap Pun, Orang Tak Marah”

Meskipun tidka menyebut nama mana-mana pihak, namun netizen berasa kurang senang dengan tidnakan Bell.

Featured Thu, 9 May 2024

Tampalan Kulit Bernilai RM30,000 Bantu Pulih Kesan Lecur Faisal Halim

Semoga dipermudahkan buat FH. Ramai yang mendoakan ya!

Featured Wed, 8 Jun 2022
Events Sun, 9 Feb 2020
Featured Tue, 24 Sep 2024

“Taasub Nak Tayang Body Sangat” – Netizen Bitter Aedy Ashraf Tunggang Moto Tanpa Pakai Baju

Memang macam ni lah ek budak lelaki zaman now nak enjoy dengan kawan-kawan. 😎✌️

Featured Tue, 19 Jul 2022

“Saya Tak Perlukan Harta Benda, Cukup Bagi Perhatian” – Nadya Syahera Akui Rumah Tangga Bergolak Gara-Gara…

Luahan hati seorang isteri 🥲 Apapun, min doakan semoga hubuangan Nadya dan suami akan bertambah baik ❤️

Featured Mon, 28 Oct 2024

Kaka Azraff Sah Cerai Talak Satu?

Serius lah???😱😱😱

Hiburan Tue, 14 Nov 2023
Featured Wed, 21 Sep 2022

Ditanya Siapa Buat? Pakar Psikiatri Dedah Bella Sebut Nama ‘Benon’ & Buat Pergerakan Isyarat

Semoga adik Bella terus kuat dan mendapat keadilan yang sewajarnya.

error: Content is protected !!