Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 9, 2026 @ 12:04pm

Amal Jariah Buat Palestin, Aeril Zafrel ‘Berjuang’ Dalam Mini Filem ‘Taufan Al-Aqsa’

Pelakon Aeril Zafrel mengakui dirinya bukan individu yang lantang berbicara mengenai isu Palestin di media sosial kerana bimbang tersilap kata.

Menurut Aeril, dia sedar isu berkenaan sangat sensitif dan memerlukan kefahaman mendalam, justeru memilih pendekatan lebih berhati-hati dengan berkongsi semula hantaran berkaitan Palestin berbanding memberi pandangan peribadi secara terbuka.

“Saya tak pandai sangat nak sebarkan pasal Palestin dekat media sosial. Saya cuba juga, tapi masing-masing ada kelebihan sendiri.

“Kalau saya berkata-kata, saya risau tersalah cakap. Jadi saya berani untuk kongsi saja. Itu salah satu sumbangan saya,” katanya.

Tidak hanya sekadar berkongsi di platform digital, pelakon berusia 37 tahun itu mengambil langkah lebih signifikan apabila menyumbang melalui pembabitannya dalam mini filem Taufan Al-Aqsa yang disifatkan sebagai amal jariah buat dirinya.

Aeril berkata, penglibatannya dalam karya tersebut lahir daripada niat yang ikhlas untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin melalui medium yang paling dekat dengan dirinya iaitu lakonan.

“Ini amal jariah saya untuk kita memperjuangkan hak Palestin. Walaupun saya cuma melakonkan watak Ahmad, tapi kita tahu perjuangan dia memang kerana Allah.

“Dia sanggup berkorban, meninggalkan isteri dan anak-anak yang sedang membesar demi perjuangan tanah air Palestin,” ujarnya.

Aeril berkata demikian ketika ditemui di Bukit Bintang pada Sabtu bagi mempromosikan mini filem Taufan Al-Aqsa.

Dalam mini filem itu, Aeril membawakan watak Ahmad, seorang ejen Al-Qassam yang berjuang mempertahankan bumi Palestin sehingga akhirnya syahid.

Tambahnya, meskipun ia sekadar lakonan, pengalaman membawakan watak tersebut memberi kesan mendalam terhadap dirinya.

“Walaupun ini hanya lakonan, saya dapat rasakan mereka semua benar-benar berjuang kerana Allah, Islam dan tanah air,” katanya.

Aeril turut menyifatkan Taufan Al-Aqsa sebagai karya yang mempunyai misi dan arah tuju jelas, selain mampu membuka mata penonton terhadap realiti yang berlaku di Palestin.

“Saya rasa short film ini sangat menarik kerana saya percaya dengan misi dan arah tuju pengarahnya.

“Saya harap penonton dapat merasai sendiri suasana sebenar yang berlaku di Palestin apabila menonton karya ini,” katanya lagi.

Mini filem Taufan Al-Aqsa dijadualkan menemui penonton pada 19 Februari dan turut dibintangi Wawa Zainal, Zaim Shaari serta barisan pelakon lain.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 8 May 2019

Risau Dilabel Riak, Aaron Aziz Tegur Isteri, Anak-Anak

Dalam masa sama, pelakon filem Operasi X ini turut berpesan kepada isteri, Diyana Halik agar sentiasa berhati-hati sebelum memuatnaik sebarang gambar di Instagram.

Featured Wed, 21 Dec 2022
Featured Tue, 4 Oct 2022
Hiburan Tue, 23 Apr 2019

Tak Minat Tumpang Populariti Kakak, Fyna Jebat Kini Tauke Jeans

Sudah tiga tahun menyanyi di sana, banyak pengalaman yang dapat dipelajari. Kalau ada undangan di Kuala Lumpur, sekali sekala saya akan ke sini.

Hiburan Thu, 22 Mar 2018

Mana Ada Lofa Bercinta, Kawan Jer…

Gambar yang tersebar itu seolah-olah menguatkan lagi khabar angin yang melaporkan kedua selebriti ini kembali menyulam kasih. Tambah pengacara berusia 29 tahun itu, apa pun yang terjadi, dia dan Hans akan tetap berkawan.

Hiburan Tue, 10 Mar 2020
Trending Tue, 12 Apr 2022

MDA Batal Kelulusan 2 Jenama Kit Ujian Kendiri Serta Merta

Pembatalan kelulusan kit ujian kendiri

Hiburan Tue, 30 Jan 2024
error: Content is protected !!