Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 8, 2026 @ 5:42am

Hawa Rizwana Enggan Cantik Dengan Pembedahan Plastik

Pengacara dan personaliti televisyen, Hawa Rizwana, 31, menegaskan pembedahan plastik bukan jalan yang mahu dipilihnya walaupun sedar penampilan sering menjadi perhatian ramai sebagai seorang figura awam.

Menurut pemilik nama Hawa Rizwana Ahmad Redzuan ini, dia lebih selesa dengan rawatan estetik bukan invasif bagi mengekalkan kecantikan semula jadi tanpa perlu melakukan perubahan ketara pada wajah.

“Sebagai individu yang aktif di media sosial dan kerap muncul di hadapan kamera, saya akui pandangan orang terhadap penampilan memang antara perkara yang perlu dihadapi.

“Orang sentiasa ada pendapat tentang rupa kita. Ada yang memberi komen membina, tetapi ada juga yang boleh memberi tekanan,” katanya.

Menurut Hawa, segala pandangan yang diterima tidak sepatutnya menjadi sebab untuk membuat keputusan besar melibatkan rupa paras dan identiti diri.

“Bagi saya, pembedahan plastik bukan pilihan. Saya tidak mahu mengubah wajah hanya kerana ingin memenuhi standard tertentu atau disebabkan komen orang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: #SkoolXTRA Masuk Kelab Kewartawanan, Suka Menari Zapin…Ini 3 Momen Menarik Hawa Rizwana Ketika Di Sekolah!

“Saya cuma mahu menambah baik apa yang sedia ada. Pada saya, kecantikan lebih kepada penjagaan yang konsisten, bukannya perubahan secara drastik,” katanya yang kini dilantik sebagai duta Estika Medispa.

Dalam pada itu, Hawa melihat rawatan anti-penuaan moden sebagai satu langkah pencegahan yang bijak untuk membantu mengekalkan seri serta keanjalan kulit secara beransur-ansur dan selamat.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Estika Medispa, Dr. Haq Wasa berkata, trend kecantikan masa kini semakin menjurus kepada hasil yang lebih semula jadi serta diperoleh secara berperingkat.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Hawa Rizwana ‘Sarung’ Baju Bomba Sertai Perarakan Hari Merdeka Curi Tumpuan – “Bomba Menang Lagi Tahun Ni”

Estika Medispa yang kini memasuki tahun ke-11 penubuhannya menawarkan pelbagai rawatan estetik bukan invasif dengan penekanan terhadap penggunaan teknologi moden bagi membantu pelanggan menjaga kesihatan dan kecantikan kulit tanpa perlu menjalani prosedur pembedahan.

Kerjasama bersama Hawa bukan sekadar pelantikan duta jenama, sebaliknya membawa mesej bahawa kecantikan boleh diurus dengan cara yang lebih bijak, selamat dan berperingkat tanpa perlu menjejaskan identiti atau keaslian diri.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 7 Nov 2018

Melampau! Wanita Singapura Buat Tutorial Solekan Wajah Rosmah Untuk Halloween

Tutorial solekan yang dikongsi itu dipercayai dilakukan bersempena sambutan Halloween yang lalu.

Trending Fri, 30 Oct 2020

Kelonggaran Akad Nikah Di Selangor Bermula November Ini

Harap maklum bagi pasangan pengantin

Featured Mon, 28 Aug 2023

[VIDEO] “IVF Itu Usaha, Bukan Pembaziran.. Kenapa Tak Ambil Anak Angkat?” – Achey Istighfar Panjang Dengar Statement Abang Tesla

Hmm, sebak pula dengar luahan hati Achey yang pernah jalani rawatan IVF dengan isteri 😢

Trending Thu, 1 Mar 2018

Terlajak Awal! Gajah Pun Ke Sekolah Tau…

Kalau dilihat pada gambar di atas, gajah itu seolah-olah sesat kan? Nasib baiklah ketika kejadian, salah seorang kakitangan sekolah belum masuk tidur lagi.

Featured Fri, 23 Sep 2022

Portal Berita Sosial Bahasa Cina, Tantannews Kini Bersama REV Media Group!

Wahh menarik ni! Kalau korang tahu bahasa Cina, macam-macam berita boleh dapat dari Tantannews tau 🤓

Hiburan Sat, 14 Feb 2026

TV3 Lancar RR2026: “Jwanjih Kenyang!” Meriahkan Ramadan & Raya 2026

Menariknya program Ramadan & Raya 2026 di TV3!

Featured Wed, 10 Sep 2025

Foto Bermain Pickleball Tular, Mickey Ayo Lebih Terbuka Kongsi Foto Berdua Dengan Nora Danish

Foto tular didakwa diambil usai kedua-duanya bermain pickleball.

Featured Fri, 10 Mar 2023
error: Content is protected !!