Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin April 8, 2026 @ 9:49am

Zizi Kirana Seru Henti Perbalahan, Ajak Fokus Kepada Misi Sumud 2.0

Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Zizi Kirana tampil berkongsi pandangan mengenai misi Global Sumud Flotilla 2.0 (GSF 2.0) yang kini hangat diperkatakan di media sosial.

Menerusi hantaran di Threads, Zizi menegaskan bahawa setiap pelaksanaan misi besar sudah tentu melalui proses penilaian rapi serta berpandukan garis panduan tertentu yang ditetapkan pihak berautoriti.

“Setiap perkara ada panduan dan pertimbangannya dan ia telah pun dijelaskan oleh pihak berautoriti,” tulisnya.

Dalam masa sama, Zizi berharap orang ramai tidak terbawa-bawa dengan perbalahan yang boleh menjejaskan fokus utama misi tersebut.

Menurutnya, perhatian wajar dikembalikan kepada tujuan asal iaitu usaha kemanusiaan serta solidariti terhadap rakyat Palestin.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak Sanggup Lihat Mak Menangis” – Zizi Kirana Tahan Rindu, Elak VC Dengan Keluarga Demi Teruskan Misi Kemanusiaan

“Sekarang, kembalikan fokus kepada tujuan sebenar,misi kemanusiaan ini, solidariti untuk Palestine dan usaha membawa suara mereka ke pentas dunia.

“Kita tak perlukan perbalahan. Kita perlukan kesatuan, kekuatan, dan tindakan. Kekal Sumud gais!” tulisnya.

Terdahulu, kumpulan pertama Sumud Nusantara telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 1 April lalu, dengan identiti peserta dirahsiakan atas faktor keselamatan dan kepentingan tertentu.

Kumpulan berkenaan melibatkan persiapan awal termasuk kapten, kru serta juruteknik bot yang akan mengendalikan operasi di beberapa pelabuhan di Eropah.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada Tarikh Pulang Ke Malaysia, Zizi Kirana Akui Lupa Status Seorang Penyanyi

Untuk rekod, Zizi sebelum ini pernah menyertai pelayaran Misi Global Sumud Flotilla ke Gaza pada September tahun lalu, yang membawa bantuan kemanusiaan bersama aktivis pro-Palestin.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 22 Apr 2020
Hiburan Wed, 18 Jun 2025

Individu Dakwa Bekas Suami Aprena Manrose Keluar Dengan Wanita Lain? #YouLostDiamond Jadi Tanda Tanya

individu dakwa bekas suami Aprena Manrose curang, tanda pagar jadi bualan

Hiburan Mon, 9 Sep 2019

Kehadiran Aafiyah Gamatkan Majlis Hari Jadi Ala Bohemian Catriona Ross

Baru-baru ini pelakon versatil yang dikenali sebagai Catriona Ross telah menyambut hari jadinya yang ke-39 pada 2 September 2019 di Fukuoka, Jepun berduaan dengan suaminya. Semalam, bintang jelita ini dikelilingi lebih kurang 36 orang kenalan […]

Hiburan Tue, 11 Jun 2019

Pemilik Kucing, Dengar Sini Nabila Huda Nak Pesan!

Saya berdoa supaya satu hari nanti pelaku yang membuang kucing, akan hilang orang paling dia sayang dalam hidup terutama ahli keluarga

Featured Wed, 29 Oct 2025

Anna Jobling Nafi Guna ‘Cable’ Baim Wong Untuk Berlakon Filem – “Tak Ada Istilah Ambil Kesempatan, Itu Rezeki”

Menurut Anna, peluang yang diterima adalah hasil usaha dan rezeki, bukan kerana hubungan peribadi atau keistimewaan tertentu.

Trending Wed, 3 Feb 2021

Todak Music Jalin Kerjasama Dengan Warner Music Malaysia

Todak Music dan Warner Music Malaysia melakar dua sejarah penting baru-baru ini. Kejayaan pertama dilakar menerusi penganjuran majlis menandatangani memorandum persefahaman secara atas talian atau virtual/maya yang mengetengahkan format hibrid baharu. Penganjuran majlis menandatangani memorandum […]

Trending Wed, 27 Jan 2021

Ini Cara Semakan BPN 2.0 Fasa 2 Kategori M40

Ikuti langkah mudah yang disediakan

Kes Mahkamah Thu, 2 May 2024
error: Content is protected !!