Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
Hiburan By: Padin April 26, 2026 @ 4:12am

“Gaduh Kecil Adik & Abang” – Lerai Sengketa Dengan Ameng Spring, Liza Hanim Enggan Panjangkan Isu

Penyanyi Liza Hanim memilih untuk tidak memanjangkan isu melibatkan dirinya dan Ameng Spring, sebaliknya menganggap apa yang berlaku hanyalah salah faham kecil seperti hubungan adik dan abang.

Liza berkata, perkara itu sudah pun diselesaikan dengan baik selepas masing-masing berbincang dalam suasana tenang.

“Saya rasa tiada apa lagi yang perlu diperbesarkan. Apa yang terjadi itu cuma salah faham kecil, macam situasi antara adik dan abang. Sekarang semuanya sudah selesai secara baik,” katanya kepada XTRA.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Masih Hormat Senior Saya Tu” – Liza Hanim Kesal Kemenangan Anak Jadi Bahan Sindiran

Liza ditemui pada majlis Rumah Terbuka Jodoh Lebaran anjuran Aisha Retno di Royal Selangor Gallery, Bangunan Sultan Abdul Samad, semalam.

Menurut pelantun lagu Gelisah Mimpi ini, dia mengambil inisiatif untuk memohon maaf sejurus isu tersebut mula menjadi perhatian, sekali gus meredakan keadaan.

“Kita semua manusia biasa yang tidak lari daripada kesilapan. Selepas berbincang dengan abang dan kakak, semuanya dapat diselesaikan dengan cara yang baik,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Perlekeh Kemenangan Anak: Ameng Spring Tampil Bersuara, Dakwa Liza Hanim ‘Tumpang Populariti’

Terdahulu, penjelasan dibuat oleh Ameng bahawa kenyataan yang dikongsi dalam siaran langsung di TikTok tidak ditujukan kepada mana-mana individu, sebaliknya sebagai nasihat umum kepada anaknya, Azeva Natassha yang menyertai program Talk To My Manager musim kedua.

Ameng turut menafikan kenyataan itu berkait dengan kemenangan anak Liza, Marsya Qistina dalam musim pertama program berkenaan, sebaliknya berdasarkan pengalaman peribadi dalam industri seni.

Mengulas lanjut, Liza mengakui dia memilih untuk berdiam diri pada peringkat awal bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih tegang.

“Bagi saya, lebih baik tenangkan diri dahulu. Itu sebab saya juga minta maaf kepada rakan media kerana tidak memberi kenyataan awal.

“Kalau bercakap dalam keadaan emosi, risau perkara lain pula timbul,” katanya.

Ditanya mengenai kemungkinan bertemu Ameng selepas ini, Liza menjelaskan perkara itu tidak dapat dielakkan memandangkan mereka berada dalam industri yang sama.

“Kami pasti akan berjumpa, apatah lagi sekarang musim pertandingan. Secara peribadi, saya lebih suka berjumpa secara depan-depan, tapi mungkin masing-masing ada kekangan masa,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Rakan Artis Puji Liza Hanim & Ameng Spring Berdamai, Sifat Matang Raih Perhatian – “Seronok Tengok Abang & Kakak Tunjuk Contoh Yang Baik”

Dalam masa sama, Liza turut meluahkan penghargaan terhadap sokongan yang diterima daripada peminat dan rakan artis sepanjang isu tersebut.

“Saya sangat hargai semua kata-kata positif. Industri ini kecil, jadi sokongan itu memang bermakna.

“Terima kasih kepada semua, harap kita terus jaga keharmonian dalam industri,” katanya.

Sebelum ini, Liza mengambil langkah menyelesaikan isu tersebut menerusi mesej peribadi yang dihantar kepada Ameng dan isterinya, Sabariah Zakariah.

Menerusi perkongsian di Instagram, Sabariah memaklumkan perkara itu sudah diselesaikan secara baik, selain berkongsi tangkap layar mesej permohonan maaf daripada Liza yang mengakui kesilapan dan menjelaskan tindakannya didorong oleh naluri sebagai seorang ibu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 18 Aug 2019

Yu Paus Ditemukan Mati Di Perairan Tanjung Tohor

Mungkin sesat di kawasan perairan kerana lokasi ketika ditemui bukan habitat asalnya

Hiburan Tue, 7 Oct 2025

“Askar Zioni* Tahu Gerak Kerja Kami” – PU Amin Cerita Pengalaman PU Rahmat Ketika Disoal Siasat

PU Amin terkejut tentera tahu gerak kerja dakwah bersama PU Rahmat

Trending Wed, 3 Apr 2019
Hiburan Sat, 18 May 2019

‘Dia Mungkin Dah Terlepas Ujian Dunia, Nasib Kita Belum Tentu Lagi’- Alif Satar Komen Isu Kontroversi Aliff Aziz

Dengar tu apa Alif pesan, jangan sibuk gelakkan musibah orang bimbang nanti terkena diri sendiri.

Featured Wed, 25 Sep 2024

“Saya Ada Perasaan Bukannya Robot” – Kelihatan Sugul, Fattah Amin Mohon Doa Yang Terbaik

Allahu, sedihnya!moga yang baik-baik buat Fazura dan Fattah Amin 😭😭😭😭

Hiburan Tue, 26 Dec 2023
Trending Mon, 4 Mar 2019

Wanita ini memberikan 200 beg cenderahati kepada penumpang

Hendak marah pun fikir dua tiga kali.

Hiburan Fri, 3 Nov 2023
error: Content is protected !!