Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 11, 2026 @ 10:56am

Shila Amzah Akui Minat Fauziah Latiff Sejak Kecil, Terkilan Tarikh Konsert Bertembung – “Saya Tahu Hampir 90 Peratus Diskografi Beliau”

Penyanyi, Shila Amzah meluahkan rasa terkilan apabila tidak berpeluang menghadiri konsert Fauziah Latiff yang berlangsung baru-baru ini disebabkan konsertnya ‘Resonance: Shila Amzah in Harmony 25 Years of Music and Memories’ bertembung pada 9 Mei lalu.

Menurut Shila, dia sememangnya sudah lama mengagumi penyanyi yang mesra disapa Kak Gee itu dan membesar dengan hampir keseluruhan lagu-lagu nyanyian figura berkenaan.

“Kalau konsert saya tak bertembung dengan konsert Kak Gee, memang saya akan datang. Saya sedih juga sebab saya memang membesar dengan lagu-lagu dia.

“Saya tahu hampir 90 peratus diskografi Kak Gee dan mak saya pun tahu betapa besarnya rasa kagum saya terhadap dia,” katanya.

Dalam pada itu, Shila turut mengimbau kehebatan persembahan pentas Fauziah yang disifatkan cukup ikonik suatu ketika dahulu.

“Kalian tak pernah tengok persembahan secara langsung dia dulu, memang sangat lincah dengan tarian dan gerak tubuh atas pentas. Aura dia memang lain,” katanya lagi.

Pelantun lagu popular Patah Seribu itu juga masih mengingati sebuah album Fauziah Latiff yang pernah memberi kesan mendalam dalam hidupnya sejak kecil.

“Saya masih ingat satu album Kak Gee yang kulit albumnya dibuat menggunakan pose-pose dia membentuk huruf nama penuh.

“Kalau nak dengar lagu yang boleh bagi kekuatan, cuba dengar Aku Sebutir Pasir. Lagu itu sangat indah dan dekat dengan hati saya,” ujarnya.

Dalam masa sama, Shila turut berterima kasih kepada Fauziah kerana menjadi antara penyanyi yang banyak mencorakkan memori zaman kanak-kanaknya.

“Terima kasih Kak Gee sebab menemani zaman kanak-kanak saya. Mak pernah cerita yang saya dulu panggil dia Aunty Gee.

“Tapi sampai sekarang saya tetap rasa nak panggil dia Kak Gee sebab memang itu cara saya melihat dan menghormati dia sejak dulu lagi,” katanya.

Artikel Berkaitan: Shila Amzah Dedah Tekanan Pikul ‘Title’ Anak Sulung – “Kami Tak Kuat! Sering Paksa Diri Untuk Nampak Okay”

Artikel Berkaitan: Shila Amzah Tak Kecil Hati Lebih Diterima Peminat Di China Berbanding Malaysia – “Saya Baik-Baik Sahaja”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 16 Jun 2026

“Saya Takut Tak Berkat…” – Bimbang Terbabit Syubhah, Sufian Suhaimi Tak Guna Duit Hasil Menyanyi Untuk Sara Keluarga

Sufian turut mendedahkan dia berpegang teguh pada prinsip untuk tidak menggunakan wang hasil seni bagi membiayai perkara penting dalam kehidupannya termasuk ketika mendirikan rumah tangga.

Events Wed, 10 Apr 2019

Nur’s Capabilities and Success Shows by Taking Home Six Awards at DFKL 2019!

A good quality drama deserves this kind of recognition, congratulations!

Hiburan Mon, 27 May 2019

《守百年之约》造势活动!605约定你在全马最大规模书展见

八度空间乘势出击,聚集一众演员包括Jordan盛天俊、Emily陈子颖、Coby庄可比、原腾和罗励勤,在来临的6月5日(星期三)在吉隆坡城中城会展中心(KLCC)会见吉隆坡剧迷们!

Featured Wed, 9 Nov 2022
Featured Fri, 22 Nov 2024
Trending Mon, 22 Nov 2021

Jom Semak Perkara Yang Anda Kena Ambil Tahu Mengenai Bayaran Balik PTPTN, Check It Out!

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bukanlah satu nama yang asing lagi dalam kalangan pelajar dan graduan. PTPTN menjadi sebab ramai antara kita dapat menamatkan pelajaran tanpa perlu memikirkan peningnya nak bayar yuran dulu kan? […]

Trending Tue, 17 Dec 2019
Hiburan Fri, 9 Aug 2019

Luna Maya Beri ‘Hint’ Bakal Kahwin Jutawan Malaysia?

Ehem…betul ke ni? Kalau betul, Alhamdulillah!

error: Content is protected !!