Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 11, 2026 @ 2:15pm

Aedy Ashraf Anggap Kejayaan Filem Sebagai ‘Hari Graduasi’, Luahan Ibu Undang Sebak

Ibu kepada pelakon Aedy Ashraf iaitu Liza Zain menzahirkan rasa syukur dan bangga melihat kejayaan anaknya menerbitkan filem pertama berjudul Tarung yang kini menerima sambutan hangat penonton.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Liza turut membalas ucapan menyentuh hati yang ditulis Aedy sempena sambutan Hari Ibu pada Ahad.

Menurut Aedy, walaupun dia tidak mampu menghadiahkan segulung ijazah buat ibunya, namun kejayaan menghasilkan filem sulung dianggap seperti sebuah ‘hari graduasi’ dalam hidupnya.

“Ibu, terima kasih. This is for you. I may not have given you a segulung ijazah, but this feels like my graduation day.

“My first film, produced with all the love, lessons and sacrifices you gave me growing up. I hope I made you proud, ibu. Selamat Hari Ibu,” tulisnya.

Luahan itu menyentuh hati ramai apabila Liza mengakui dia tidak pernah meletakkan ukuran kejayaan anaknya pada segulung ijazah semata-mata.

Sebaliknya, melihat Aedy membesar menjadi seorang insan yang rajin berusaha, cekal dan bekerja sepenuh hati sudah cukup membuatkan dirinya berasa bangga sebagai ibu.

“Allahuakbar adik… anakku, you never needed a segulung ijazah to make ibu proud. Seeing you grow into someone hardworking, passionate dan sepenuh hati macam ini pun dah lebih daripada cukup buat ibu rasa bahagia.

“Terima kasih sebab menghargai semua kasih sayang dan pengorbanan ibu. Melihat filem pertama kamu sahaja sudah menjadi hadiah paling besar buat ibu.

“Tahniah adik. Ya Allah, luaskan dan limpahkan rezeki anakku serta sentiasalah berada dalam lindungan-Mu. I love you so much my son,” katanya.

Artikel Berkaitan: Aedy Ashraf Dedah Sisi Gelap Zaman Remaja – “Saya Clubbing, Merompak, Minum Ar*k”

Artikel Berkaitan: Aedy Ashraf Dedah Hidup Struggle, Lahir ketika Bapa Dalam Penjara – “Saya Dibesarkan Di Kawasan Perumahan ‘Dodgy Flat’”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 18 Apr 2023
Hiburan Mon, 1 Oct 2018

Dakwah Cara Anak Muda, Da’i Adam Mahu Kerap Turun Padang

Jika diberi peluang untuk mengacara sesebuah program, saya memilih program untuk mendekati belia di luar sana dan memperbanyakkan aktiviti turun padang untuk berdakwah. Insya Allah jika diizinkan-Nya, doakan agar segalanya dipermudahkan…

Hiburan Fri, 22 Nov 2019

Eina Azman Bawa Pembantu Menunaikan Umrah

Semoga peroleh umrah yang mabrur!

Featured Tue, 8 Nov 2022
Hiburan Tue, 16 Jul 2019

Kangin Officially Quits Super Junior After 14 Years

Breaking news! Another idol from a legendary K-pop group calls it quit!

Hiburan Thu, 22 Feb 2018

FAZURA RAHSIA LOKASI RESEPSI KHAS 11 MAC

Pada hari yang boleh dilabelkan sebagai  wedding of the year bagi permulaan tahun 2018 ini, mereka berdua dikatakan tidak mahu menerima sebarang tajaan.

Events Thu, 23 Jan 2025

Melly Goeslaw Kembali Dengan Konsert “Ada Apa Dengan Melly…? Prom Nite” Pilih Tema Busana ‘Dress To Kill’

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian dari malam penuh magis ini!

error: Content is protected !!