Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Padin June 12, 2026 @ 12:10pm

Jangan Mudah Terpedaya! iPhone Kini Dijadikan Cagaran Pinjaman Tidak Berlesen

Satu trend baharu melibatkan pinjaman wang tidak berlesen menggunakan iPhone sebagai cagaran kini semakin membimbangkan apabila dikatakan mampu membuka ruang kepada penyalahgunaan data peribadi dan pencerobohan privasi pengguna.

Perkara itu didedahkan Ketua Unit Banteras Ahlong DM (Darul Mustaqqim Pusat Pengajian), Adam Mustapa atau lebih dikenali sebagai AlongDM yang memaklumkan pihaknya menerima hampir 50 aduan berkaitan modus operandi tersebut sejak kebelakangan ini.

Menurut Adam, sindiket pinjaman tidak berlesen kini semakin aktif menawarkan pinjaman mudah menerusi media sosial seperti Facebook dan beberapa aplikasi lain dengan menjadikan iPhone sebagai syarat utama pinjaman.

Katanya, mangsa biasanya diminta mengeluarkan Apple ID milik sendiri sebelum memasukkan Apple ID yang diberikan oleh pemberi pinjaman ke dalam telefon mereka.

“Ramai yang menyangka ia sekadar prosedur biasa untuk mendapatkan pinjaman, sedangkan tindakan itu sebenarnya memberi kawalan yang sangat besar kepada pihak ketiga terhadap peranti mereka.

“Apabila Apple ID sindiket dimasukkan ke dalam telefon, mereka berpotensi mengawal akses tertentu pada peranti tersebut tanpa disedari pemilik asal,” katanya.

Menurutnya, keadaan menjadi lebih rumit apabila mangsa gagal melangsaikan pinjaman kerana sindiket dipercayai boleh mengunci akaun iCloud, sekali gus menyebabkan telefon tidak lagi dapat digunakan.

Lebih membimbangkan, akses yang dimiliki pihak sindiket berpotensi digunakan untuk mendapatkan maklumat peribadi mangsa termasuk gambar, senarai kenalan dan lokasi semasa.

“Risiko yang paling membimbangkan adalah apabila data peribadi jatuh ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Ada kemungkinan gambar disalahgunakan, kenalan dihubungi bagi tujuan memalukan mangsa berkaitan hutang dan lokasi individu juga boleh dijejaki melalui fungsi tertentu dalam telefon,” katanya.

Tambah Adam, golongan muda termasuk pelajar institusi pengajian tinggi antara yang paling mudah terpengaruh dengan skim pinjaman sedemikian kerana melihatnya sebagai cara cepat untuk mendapatkan wang.

Antara aduan yang diterima melibatkan seorang pelajar IPTA berusia 21 tahun yang menggunakan iPhone 14 Pro Max sebagai cagaran bagi mendapatkan pinjaman.

Selain itu, pihaknya turut menerima laporan daripada seorang pelajar IPTS berusia 22 tahun di Sarawak dan seorang wanita berusia 30 tahun yang bekerja dalam sektor khidmat pelanggan.

Adam berkata, kebanyakan mangsa pada awalnya menganggap pinjaman tersebut lebih selamat kerana tidak melibatkan cagaran fizikal seperti motosikal, kereta atau barang kemas.

“Hakikatnya, apabila identiti digital dan akses telefon diberikan kepada pihak lain, risikonya jauh lebih besar daripada yang mereka sangkakan.

“Kebanyakan mangsa hanya menyedari perkara itu selepas telefon mereka dikunci atau apabila mula menerima ugutan daripada pihak tertentu,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah terpengaruh dengan tawaran pinjaman segera yang dipromosikan menerusi media sosial atau platform yang tidak sah.

DM yang berpangkalan di Sentul, Kuala Lumpur merupakan sebuah organisasi yang membantu mangsa ahlong menguruskan pembayaran semula pinjaman berdasarkan jumlah sebenar yang diterima tanpa melibatkan caj tambahan yang membebankan.

Selain bantuan berkaitan kewangan, individu yang mendapatkan khidmat organisasi tersebut turut diberikan peluang mengikuti kelas al-Quran dan Fardhu Ain secara percuma sebagai sebahagian daripada proses pemulihan dan bimbingan diri.

“Kami bukan sekadar mahu membantu menyelesaikan masalah hutang. Apa yang lebih penting adalah memberi sokongan, kesedaran dan panduan supaya mereka dapat membina semula kehidupan dengan lebih baik dan teratur,” katanya.

Foto: Hasil janaan AI.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kisah Viral Thu, 15 May 2025
Hiburan Mon, 24 Jul 2023
Featured Fri, 4 Aug 2023

Cantiknya! Sambut Bachelorette Party, Fazura Titip Ucapan Istimewa Buat Mimi Lana

Wah, tak sabarnya nak tengok pengantin nanti💖💖💖

Trending Mon, 9 Jul 2018

Lelaki Nikah Kanak-Kanak 11 Tahun Didenda RM 1800

Peraih getah berusia 41 tahun itu dituduh mengikut Seksyen 19 dan Seksyen 124 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (No 6) 2002 Negeri Kelantan yang masing-masing boleh membawa hukuman denda RM1,000 atau penjara dua bulan.

Trending Fri, 5 Jun 2020
Featured Thu, 16 Feb 2023
Hiburan Sat, 20 Dec 2025
Hiburan Fri, 11 Jul 2025

Syasya Rizal Buka Mulut Isu Dituduh Makan Daging B*bi

Syasya Rizal perjelas makanan dalam mulutnya tidak haram

Featured Tue, 13 Sep 2022

Artis Wanita Meningkat Naik Burukkan Nama Ayda Jebat – “Kalau Jumpa Memang Aku Tarik Rambut Kau!”

Adoii… dah 2022 pun masih ada yang dengki dengan kejayaan orang lain 😑

error: Content is protected !!