Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida October 16, 2018 @ 9:00am

‘Tiada Lagi Alarm Clock Papa, Jumpa Di Syurga Nanti…’ Luahan Karl Shafek Buat Netizen Sebak

Siapa yang tak sedih dengan kehilangan, bukan? Bayangkan untuk tempoh tujuh tahun hidup bersama, tiba-tiba si dia dah tak kita jumpa buat selamanya.

Namun begitu, kita sebagai manusia perlu redha dengan pemergian atau kehilangan orang atau benda yang kita sayang. 

Luahan pelakon Karl Shafek atau nama sebenarnya, Khairul Shafek Ibrahim menerusi Instastory menarik perhatian netizen apabila kucing kesayangan yang dibela sejak tahun 2011 telah pergi buat selamanya. Hanya pecinta kucing saja yang tahu bagaimana peritnya rasa kehilangan itu…

Megat di usia 2 minggu pada Januari 2011. Comel kan?

Siapa yang ada kucing je tahun perasaan kasih sayang itu macam mana dan sedihnya bila kehilangan…

Papa pernah pesan pada kawan, kalau kucing kau beranak dan bulunya putih melepak, papa nak…

Nama asal kamu Lofa papa tukarkan kepada Megat ( tuan asal kamu letak nama Lofa) mungkin sebab kamu putih melepak kot?

Manjanya kamu wahai Megat, Tuhan je tahu. Tapi peliknya kamu suara kamu akan keluar sekali sekala je. Tu pun halus bunyinya…

Kamu ingat tak jiran pernah ugut nak racun kamu dan bakar rumah kita… ingat tak?

Bila kita pindah rumah landed, Megat beberapa kali hilang. Paling lama lima hari. Tapi bila balik, kamu akan cari toilet untuk b**** sepuasnya. Memang sejak kecil papa trained kamu. Bravo!

Sejak bila kamu jadi pemalu? Papa mula pelik. Mungkin Megat stress. Tapi tetap masuk drip & multi vitamin sebab kamu tak mahu makan.

Megat muntah keluar warna hitam pekat. Semalam intensive blood result keluar doktor kata keadaan Megat dah kritikal. Papa tak tahu nak cakap macam mana.

“ Good Morning Mr Khairul, I am very sorry to inform you that Megat passed away this morning” … Silent moment & air mata ni keluar macam air terjun.

Papa balut Megat dengan baju putih paling papa sayang. Yang masih belum dibasuh. Bukan atas kepercayaan apa-apa. Cuma sebagai tanda terima kasih kerana tujuh tahun setia bersama papa.

Tiada lagi alarm clock Papa setiap pukul 6 pagi yang akan datang urut dada papa untuk kejut bangun subuh. Ya Allah terima kasih kerana pinjamkan Megat…

Sayangku Megat, Papa redha melepaskan kamu pergi. Rehat dengan aman di sana, Megat. Jumpa di syurga nanti. Amin…

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 14 Nov 2019
Featured Wed, 2 Aug 2023
Trending Mon, 4 Feb 2019
Featured Fri, 26 Aug 2022

Gara-Gara Nak ‘Cancel’ Fazura, Individu Ini Dikecam Netizen

Alamak, ni apa kes? Tak ada angin tak ada ribut, kenapa individu ni sampai nak cancelled Fazura? Sendiri cari penyakit, kan dah kena kecam 😌

Hiburan Mon, 4 Aug 2025
Featured Mon, 30 Jan 2023
Featured Mon, 19 Jul 2021

Warga Selangor & KL Boleh ‘Walk In’ Vaksin Bermula 1 Ogos, Tapi Hanya Untuk….

Kerajaan mengumumkan mana-mana warga Selangor dan Kuala Lumpur yang belum mendapat janji temu vaksinasi serta golongan tercicir boleh mendapatkannya secara terus di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bermula 1 Ogos. Menurut Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF), […]

Hiburan Thu, 18 Jun 2026

“Handsome Tak Cukup Buat Perempuan Setia” – Luahan Nadhir Nasar Raih Perhatian Netizen

Nadhir tampil dengan kenyataan ringkas namun cukup mencuri perhatian apabila menyifatkan rupa paras yang tampan bukanlah jaminan untuk memperoleh kesetiaan

error: Content is protected !!