Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida April 28, 2019 @ 12:13pm

Terhutang Budi Dengan IJN, Lana Nodin Nekad Balas Jasa…

Pelakon Lana Nodin mengambil keputusan utnuk menyumbangkan sebahagian hasil jualan baju raya kanak-kanak diusahakannya kepada Yayasan Institut Jantung Negara (IJN) yang membantu menyelamatkan anaknya, Februari lalu.

Percaya masih ramai yang berdepan masalah seperti dialami anak lelakinya, William Daud McKienzie atau Billy, Lana berharap usaha kecilnya mampu meringankan beban keluarga pesakit.

Memilih singkatan nama dua anaknya sebagai jenama, Gi Bi (Gia Quinn dan Billy), baju raya kanak kanak terbabit akan mula dijual pada Ramadan ini.

“ Saya dan suami amat terhutang budi dengan pihak IJN. Jadi, kami nekad untuk membalas jasa mereka yang berusaha sebaiknya menyelamatkan nyawa anak kami, selepas lebih seminggu berada di pusat terbabit.

“ Kami ikhlas mengusahakan jualan ini. Sebanyak RM10 daripada setiap jualan baju raya nanti akan disalurkan kepada Yayasan IJN,” katanya ketika ditemui BH Online pada majlis kesyukuran dan akikah anak lelakinya di Taman Melawati, Hulu Klang.

Februari lalu, Billy, 5 bulan, menjalani pembedahan di IJN bagi memperbetulkan masalah injap jantung sempit atau aortic stenosis.

Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nodin berkata, baju raya diusahakannya itu dibahagikan kepada koleksi kanak-kanak lelaki dan perempuan.

“ Selain dihasilkan menggunakan fabrik berkualiti, harganya pula daripada serendah RM99. Insya-Allah, kami akan jual baju ini sepanjang terbabit dengan pesta jualan atau karnival, bermula Ramadan nanti,” katanya.

Sementara itu, Lana memanjat kesyukuran apabila keadaan anaknya semakin stabil biarpun masih perlu mengikut prosedur ditetapkan, termasuk pemeriksaan susulan pada Ogos depan.

Lana mendirikan rumah tangga dengan David atau nama Islamnya Mohd Daud McKienzie pada 15 Mei 2015.- BH Online.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 19 Nov 2018

‘Kalau Orang Lain Boleh, Kenapa Tidak Saya?’…Delimawati Akhirnya Buka Mulut

Saya sahut cabaran diri demi peminat untuk lakukan hal yang saya tidak pernah lakukan.

Hiburan Wed, 3 Jul 2019
Featured Fri, 13 May 2022
Hiburan Thu, 24 Apr 2025

Dah Lali Nama Sering Dikaitkan Sudah Berkahwin, Erra Fazira Perjelas Status Masih Solo

Erra Fazira nafi dah berkahwin, dah lali nama sering terkait

Hiburan Fri, 30 Mar 2018

Lagu Baru Zizi Kirana, Dilabel Lagu Sampah!

Lagu yang mendapat kerjasama penyanyi hip hop Waris ini ternyata berlainan sama sekali jika dibandingkan dengan lagu yang terdapat pada single pertama beliau iaitu, Boleh Jalan

Hiburan Tue, 21 Jun 2022
Kisah Viral Wed, 21 Sep 2022
Hiburan Fri, 28 Oct 2022
error: Content is protected !!