Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal July 10, 2019 @ 2:33pm

Naik Harga Dua Kali Ganda Aiskrim Kerana ‘Influencers’

Seorang lelaki yang menyara hidupnya dengan menjual aiskrim mengatakan beliau sudah muak dengan perilaku sesetangah influencer. 

Hal ini berikutan tindakan mereka yang selalu meminta produknya itu secara percuma dan sebagai pertukaran, beliau diberi pendedahan (exposure) atau ais krimya dipromosi oleh para influencer. 

Dan untuk mengatasi masalah tersebut, pemilik trak aiskrim itu mengatakan di media sosialnya bahawa beliau kini telah mengenakan bayaran 2 kali ganda kepada golongan tadi.

“Kami tidak kisah jika anda seorang influencer atau berapa ramai pengikut yang anda miliki. Kami tidak akan berikan aiskrim secara percuma sebagai pertukaran untuk post promosi di laman media sosial anda. Harga untuk satu kon aiskrim adalah 4 dolar, dan untuk anda, ianya kini berharga 8 dolar.”

Lelaki berkenaan menjelaskan bahawa beliau sudah memulakan bisnes ini sejak lima tahun yang lalu dan setiap tahun, permintaan dari golongan influencer untuk menikmati aiskrim secara percuma makin meningkat.

Tambahnya lagi, produknya itu sememangnya sudah popular dan tidak memerlukan promosi lagi.

Sumber: CNN 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 20 Jun 2025

Dakwaan Enot Kahwin P*ngkid, Individu Dikenali Sebagai Zack Tampil Respons – “Tolong Bawa Tok Kadi Datang Jumpa Saya”

Kata Zack, tuduhan yang masyarakat terhadap dirinya dan Enot adalah fitnah semata-mata.

Featured Sun, 25 Dec 2022
Featured Thu, 24 Nov 2022
Hiburan Wed, 6 Jul 2022

Dulu Teruk Kena Kecam, Kini Lagu Trending & Jadi Siulan… Komen Negatif Netizen Buat Nuha Bahrin Bangkit!

Kata-kata negatif netizen diambil sebagai perkara yang positif dan Nuha bangkit membuktikan dia boleh berjaya di dalam industri nyanyian.

error: Content is protected !!