Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida October 28, 2019 @ 8:00am

‘Mama Minta Maaf…’- Fauziah Nawi

“Pitt, mama minta maaf sebab mama tak dapat jaga Pitt sebagaimana mama janji dengan arwah baba dulu. Berakhir sudah kehidupan anak saya di usia 43 tahun,” kata pelakon popular Fauziah Nawi, menerusi siaran langsung di Facebook miliknya yang bersedih dengan pemergian anak tersayang, Allahyarham Pitt Hanif.

Dalam pada itu, Fauziah bersyukur apabila jenazah anaknya berjaya ditemui dalam keadaan sangat baik.

“Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh semua. Saya Fauziah Nawi mengumumkan bahawa jenazah anak saya, Mohd Firdaus Mohamad Hanif atau Pitt Hanif ditemui dalam keadaan sangat elok.

“Saya kini berada di rumah dan Alhamdulillah menurut adik saya, Mohd Fauzi Nawi yang berada di lokasi mayatnya sudah ditemui.

“Anggota bomba bertugas memberitahu dia tak pernah jumpa jenazah secantik itu biarpun sudah dua hari berada dalam air,” katanya.

Jenazah Pitt Hanif atau nama sebenarnya Mohd Firdaus Mohamad Hanif, 43 atau Pitt Hanif ditemui di Sungai Jelai, Kampung Mela, Lipis, Pahang, kira-kira 4.25, semalam.

Penemuan itu menamatkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) selepas pengarah filem Coast Guard itu dikhuatiri lemas ketika memancing di sungai terbabit, 11 pagi, semalam.

 

Fauziah dalam pada itu menzahirkan penghargaan buat semua pihak yang mengirimkan doa dan ketika ini tidak dapat menjawab panggilan telefon. 

 

Allahyarham Pitt Hanif dan Pengarah Fotografi filem Coast Guard, Sham Mokhtar, 38 menaiki bot fiber untuk memancing di sungai itu sebaik menamatkan penggambaran filem pada jam 9 pagi.

Bot dinaiki bagaimanapun merempuh tiang sebuah jambatan sebelum ia terbalik dan terbelah dua.

Sham dapat menyelamatkan diri dengan berenang ke tepi tebing namun Pitt dibawa arus deras sebelum tenggelam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 20 Nov 2023
Hiburan Tue, 11 Sep 2018

陈嘉荣泪洒主播营「彷佛看到自己的孩子重回怀抱」

由八度空间举办为期3天2夜的《校园主播培训营》圆满落幕,50位大专生在经过培训后,正式成为「校园主播」!

LIFESTYLE Mon, 23 Jul 2018

Sweet! Ustaz Kazim Elias Jadi ‘Orang Tengah’ Kami…

Alhamdulillah, saya berterima kasih dengan cadangan Ustaz Kazim sebab dia melihat saya keseorangan sejak saya mula mengikuti kelas di sini tiga bulan lalu.

Hiburan Fri, 20 Dec 2019
Hiburan Wed, 28 Dec 2022

“Tak Sekolah Pun Pandai” – Lucunya Gelagat Jebat Jayden Beri Alasan Kepada Sharnaaz Ahmad!

Umum mengetahui, anak kepada pasangan selebriti Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila, Jebat Jayden sering mencuri tumpuan ramai dengan gelagat comel dan lucunya. Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian siaran langsung Sharnaaz di TikTok ketika dia dan […]

Hiburan Fri, 7 Sep 2018

Awal Dan Scha Nak Anak Lagi?

Scha Mengandung Ke?

Hiburan Mon, 9 May 2022
Featured Fri, 7 Oct 2022
error: Content is protected !!