Acara By: Maya Basir September 26, 2023 @ 10:11am

Angkat Tema Serumpun Berpesta, TAPAUfest Akan Diadakan Di Lenggong, Perak Pada 7 & 8 Oktober!

TAPAUfest bakal kembali kali ini dengan tema #SerumpunBerpesta di mana ia akan berlangsung di Resort Tasik Raban, Lenggong, Perak pada 7 dan 8 Oktober 2023.

Berlatarbelakangkan tasik yang Indah dan gunung-ganang, TAPAUfest menjemput komuniti indie Asia Tenggara untuk #LepakLenggong bersama artis indie ternama dari Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand.

Menurut Pengarah Kreatif TAPAUasia, Ahmad Faris mengatakan festival tahun ini lebih memberi perhatian kepada butiran-butiran kecil mengenai komuniti indie.

“Dari taksub cuba nak jadikan festival kita lebih besar dan besar setiap tahun, kita buat keputusan untuk beri lebih perhatian kepada butiran-butiran kecil terutama dalam kurasi bagi membawakan komuniti indie dan rakyat Lenggong terlibat sama,” katanya.

Lebih menarik lagi, tahun ini TAPAUfest memberi penghormatan kepada wanita yang membentuk ‘scene’ ini.

Bagi hari pertama, persembahan akan dimulakan dengan kugiran ‘Midwest Emo’, Mascot dan seterusnya kumpulan reggae dub eksperimental asal Indonesia, Rub Of Rub, duo elektronik Wobbebong, kugiran legenda dari Singapura, Force Vomit.

Kumpulan Rock n’ Roll Jemson kemudian akan mengambil alih pentas dengan memberi penghormatan kepada era keemasan ‘rock kapak’ Malaysia sambil menyuntikkan bunyi moden dan elemen humor mereka yang tersendiri.

Menutup tirai hari pertama adalah penyanyi muda Indonesia, Nadin Amizah yang kian memenangi hati jutaan peminat terutamanya dari Indonesia dan Malaysia.

Dengan karya terbarunya “Rayuan Perempuan Gila” dan “Semuanya Dirayakan” mendapat sambutan hangat, persembahan Nadin berlatarkan tasik nanti pastinya menjanjikan pengalaman yang cukup istimewa.

Hari kedua pula dimeriahkan dengan kugiran Indonesia, The Jansen, ‘Local Thrash Heroes’ dari Ipoh iaitu Muck, kugiran pertama dari Thailand, Door Plant, Bayangan dan Lomba Sihir dari Indonesia.

Bagi melabuhkan tirai TAPAUfest 2023 adalah dengan kemunculan Zee Avi dengan lagu-lagu melankolik nyanyiannya.

Satu perkara yang membezakan TAPAUfest daripada festival seni lain adalah peluang untuk berkhemah selama dua malam di Resort Tasik Raban dan merasai sepenuhnya pengalaman di Lenggong.

Tiket Pre Sale sudah boleh dibeli mulai sekarang sehingga 6 Oktober 2023 dengan harga:

Tiket Solo Daily (1 tiket Hari 1 atau Hari 2) – RM175
Tiket Solo Weekend (1 tiket Hari 1 dan Hari 2) – RM330
Tiket Geng Weekend (4 tiket untuk Hari 1 dan Hari 2) – RM1200

Untuk tiket dan maklumat lanjut jemput ke www.TAPAUfest.asia atau ikuti @TAPAUfest di semua media sosial.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Fri, 18 Oct 2019

Konsep Experience of The Future meriahkan Hari Turun Padang McD

Anda perlu lalui sendiri pengalaman mudah ini!

Acara Wed, 7 Dec 2022

Enam Kategori Untuk Undian Anugerah Drama Sangat 2023 Kini Bermula! 

Anugerah Drama Sangat 2023 kini kembali! Jangan lepaskan peluang undi drama-drama terbaik pilihan hati korang ❤️

Acara Fri, 1 May 2020
Acara Mon, 20 Dec 2021

2 Karakter Wanita Jadi Fokus Teater ‘Night, Mother’

Memberikan fokus terhadap lakonan dua pelakon wanita, produksi PH7 bakal menerbitkan sebuah teater bertajuk ‘Night, Mother’ karya Marsha Norman yang akan berlangsung bermula 6 sehingga 16 Januari 2022 di PJPac di 1 Utama, Petaling Jaya. […]

Acara Mon, 12 Sep 2022

Syukur Kerja Keras Berbaloi, Syamel & Ernie Zakri Dominasi AIM23

So happy for Ernie & Syamel! Teruskan berkarya .

Acara Thu, 13 Jun 2019