Acara By: Fatin Nurain July 31, 2023 @ 2:04pm

Anugerah Telenovela Ke-9 Bakal Tiba Lagi, Kini Berwajah Baharu!

Malam berprestij Anugerah Telenovela Ke-9 bakal tiba lagi bagi menghargai penulis, penerbit, pembuat filem dan profesional audio Malaysia, pada Disember ini.

Anugerah ini juga mengiktirafkan pekerja industri kreatif yang telah berjaya mengadaptasi karya dari buku dalam format cetakan atau elektronik ke dalam medium skrin dan audi visual.

Bukan itu sahaja, anugerah ini juga akan diberikan untuk adaptasi terbaik, skrip, persembahan lelaki dan wanita, penulis skrip, pengarah, pencahayaan dan banyak lagi.

Menurut Pengarah Eksekutif Intact Media, Rishi Ross juga selaku penganjur pihak mereka tampil membawakan kelainan dari segi konsepnya demi mengangkat martabatnya selaras dengan anugerah antarabangsa.

“Apa yang kita ingin ketengahkan untuk anugerah kali ini, kita perkenalkan blue carpet. Kita juga akan fokuskan pada kategori popular seperti, artis popular, pasangan popular, novel popular dan telenovela popular.

“Selain itu, kita cuba ketengahkan kelainan dari segi undian yang kita perkenalkan pada tahun ini di mana hasil dari undian tersebut kita akan sumbangkan kepada penulis baru dan lama. Kita juga akan bantu segala production house.

“Konsep kita undi sambil menderma. Setiap undi 50sen kalau undi RM2 mereka dapat ekstra satu undi. Sumbangan itu bukan masuk kepada Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) sahaja, tapi kita akan salurkan pada penulis baharu.

“Kita harap dengan sokongan semua termasuk artis, karyawan, peminat novel dan telenovela boleh beri sokongan pada anugerah kali ini.

“Bila diberi peluang untuk ambil alih anugerah ini, kita nak buat kelainan. Dari segi appearance seperti logo, karpet biru dan tempat event pun kami buat di Starhil untuk nampakkan anugerah ini selaras dengan anugerah antarabangsa,” katanya.

Pengarah Eksekutif Intact Media, Rishi Ross beri ucapan ketika Majlis Pelancaran Anugerah Telenovela Ke-9.

Mempertaruhkan lima kategori sahaja, anugerah ini juga tampil dengan Pelakon Wanita Popular, Pelakon Lelaki Popular, Novel Telenovela dan Pasangan Serasi dengan lebih 40 pencalonan bagi setiap kategori.

“Mungkin akan ada Anugerah Khas Juri dan Drama Terbaik tapi setakat ni masih ada lagi dalam perbincangan dan kekalkan lima kategori utama itu. Lagipun sebagai pengajur baharu kami tidak mahu membuka terlampau banyak kategori sebagai permulaan,” jelas Rishi Ross.

Setakat ini, orang ramai sudah boleh mula mengundi menerusi di laman sesawang www.telenovela.my bermula 26 Julai yang lalu sehingga 14 September untuk penentuan calon Top 10 bagi setiap kategori.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Wed, 14 Sep 2022

Awie & Hazama Antara Selebriti Dilantik Duta Anti-Scam

Jangan terpedaya dengan scammers okay!

Acara Fri, 30 Aug 2019
Acara Wed, 25 Sep 2019

Pameran Harumanis ketengah keunikan budaya Perlis

Pelbagai karya abstrak curi tumpuan

Acara Mon, 8 Jan 2018

Guna Ais Kiub Je Untuk Kulit Wajah Cantik? Biar Betul? Kami Kongsi Caranya

Selalu kita dengar bila berkenaan ais, mesti hanya pandangan negatif sahaja. Ais menggemukkan, ais akan menyebabkan masalah kesihatan dan macam-macam lagi. Tetapi, ais juga mempunyai kebaikkan dan faedahnya yang tersendiri. Yang menariknya, ais iaitu ais […]

Acara Mon, 12 Sep 2022

Syukur Kerja Keras Berbaloi, Syamel & Ernie Zakri Dominasi AIM23

So happy for Ernie & Syamel! Teruskan berkarya .

Acara Fri, 13 Dec 2019

MSU angkat motif songket dalam larian antarabangsa

International Songket Run 2.0 diiktiraf MBR

Acara Mon, 4 Mar 2019
Acara Mon, 18 Nov 2019