Categories: Acara

My Beaute Village berupaya penuhi keperluan wanita untuk bersolek

Kenapa perlu bersusah-payah dan membazir wang untuk pergi ke banyak tempat semata-mata mahu mencari variasi produk kecantikan semula jadi yang berkualiti jika anda boleh mendapatkannya di satu tempat sahaja.

My Beaute Village merupakan pusat sehenti kecantikan dan kesihatan yang menawarkan lebih 1000 produk organik berkualiti tinggi. Ada lima cawangan seumpamanya iaitu di di Eko Cheras Mall Kuala Lumpur, Aeon Klebang Mall Ipoh, Vivacity Megamall Kuching, Toppen Shopping Centre Johor Bahru dan terbaru di IOI Mall Puchong, Selangor.

Anak syarikat Magicboo Beauty ini menawarkan produk penjagaan muka, kulit dan rambut yang diimport dari negara Eropah seperti United Kingdom (UK), Itali, Sepanyol, Denmark, Perancis, Switzerland, Australia dan Korea.

Winson (tiga dari kanan) bersama (dari kiri) Eksekutif Pemasaran Kanan My Beaute Village, Jacqueline Long Mee Yeon; Pengurus Kawasan My Beaute Village, Shirley Lee Khee Yok; Pengarah My Beaute Village, Gan Ai Ping; artis Nur Ruhainies Farehah;  Pengurus IOI Mall Leasing, Stephanie Wong Tee Khim dan Pengurus Jualan & Operasi My Beaute Village, William Goh Nian Cheat memotong reben pada majlis perasmian My Beaute Village di IOI Mall Puchong. NSTP/MUSTAFFA KAMAL

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif My Beauty Village, Winson Chang, pelanggan yang berkunjung ke My Beaute Village umpama menjelajah ke seluruh dunia mencari produk berkualiti dengan harga yang berpatutan.

“Produk yang terdapat di My Beaute Village mempunyai standard antarabangsa dan dikenali di seluruh dunia. Matlamat My Beaute Village sangat mudah, iaitu untuk pelanggan mendapatkan produk yang berkualiti tinggi dengan harga yang sangat berpatutan,” katanya.

Cawangan My Beaute Village di IOI Mall Puchong. NSTP/MUSTAFFA KAMAL

Antara jenama produk eksklusif yang terdapat di My Beaute Village ialah Creightons dan Truezone dari UK, Echosline dan Kaypro dari Itali, Naturalium dan Lagarto dari Spain, Green Pharmacy (Eropah), Eco Clean (Denmark) serta Skindom dan Esfolio (Korea).

Pada akhir tahun, My Beaute Village akan menambah lebih banyak lagi produk antaranya Dermomed, Biosen, Piega Viva (Itali), Evoluderm dan Le Petit Olivier (Perancis), Hello Nature dan Nature Balance (Eropah) serta produk kosmetik dan wangian seperti Eveline, Golden Rose dan FlorDemayo.

Produk-produk yang dijual di My Beaute Village, IOI Mall Puchong. NSTP/MUSTAFFA KAMAL

My Beaute Villa juga akan melebarkan sayapnya dengan membuka lebih banyak lagi cawangan dalam tempoh beberapa bulan akan datang antaranya di Pavillion Mall KL, Pavillion Bukit Jalil, Berjaya Times Square KL, My Town Shopping Centre Cheras, Central I City Shah Alam dan Dataran Pahlawan, Melaka.

Ad Ops