Acara By: Ad Ops June 24, 2018 @ 5:00pm

Pemenang Peraduan Hijab & Heels Teruja Berbuka Puasa Dengan Remy Ishak

Kalau anda meminati seseorang artis itu, perkara yang anda ingin sangat-sangat mestilah untuk personally berjumpa dengannya, kan?

Kalau setakat nampak dari jauh, tak syok! Sama ada artis itu betul-betul tahu kewujudan anda atau tak, tiada siapa tahu. Lagipun peluang sebegitu dah biasa sangat ada. Misalnya, bila artis tersebut membuat penampilan di road tour, beratus-ratus orang datang tengok.

Sebaliknya, peluang untuk bertentang mata dengan artis kesayangan anda memang jarang sekali muncul.

Itu sebabnya bila ada saja peraduan untuk berjumpa dengan artis favourite anda, jangan sesekali lepaskan!

Dan itulah apa yang telah dilakukan oleh 10 pemenang peraduan “Menangi Peluang Untuk Berbuka Puasa Dengan Remy Ishak” yang dianjurkan oleh Hijab & Heels hujung bulan lalu.

Foto: NSTP

Dengan menjawab beberapa soalan ringkas dan berbekalkan tuah, mereka telah berkesempatan untuk bukan saja bertentang mata dengan pelakon kacak tersebut tapi juga dapat menikmati hidangan buka puasa dengannya.

Foto: Facebook Pulang The Movie

 

Bertempat di Restoran Selasih, Pusat Konvensyen Antarabangsa Johor di Johor Bahru, bersempena dengan Festival Anggun Life, majlis ini memang intimate.

Setiap pemenang hanya boleh bawa seorang saja plus one; orang lain tak boleh join!

Foto: NSTP

Para pemenang yang datang dari sekitar Johor, Melaka dan Kuala Lumpur, berpeluang untuk beramah mesra dengan selebriti ini dan bertanyakan soalan-soalan yang dipendam selama ini.

Tak pastilah sama ada peminat-peminat ini dapat makan dengan kenyang atau tak di samping artis kesayangan mereka. Kalau penulis di tempat mereka, mesti tak senang duduk kerana gementar sangat!

Foto: NSTP

Peraduan ini juga telah dilaksanakan sempena promosi filem Remy yang akan ditayangkan di pawagam bermula Julai 26, iaitu Pulang, arahan sutradara terkenal Kabir Bhatia.

Remy telah diberi tanggungjawab untuk memikul watak Othman, seorang nelayan yang hilang di laut dan terpisah daripada keluarganya ketika dalam perjalanan ke Britain dalam era Perang Dunia Kedua.

Pelakon tersebut mengaku bahawa penggambaran yang banyak menggunakan teknik CGi telah memberi cabaran besar untuknya.

“Saya harus bayangkan sendiri elemen-elemen seperti ombak yang bergelora dan kemudian lakonkan babak tersebut berdasarkan imaginasi saya,” katanya.

Juga sebahagian daripada senarai pelakon dalam filem drama percintaan ini adalah Puteri Aishah, Azrel Ismail, Juliana Evans dan Datuk Jalaluddin Hassan.

Pulang adalah hasil terbitan Primeworks Studios, sebuah anak syarikat Media Prima Berhad. Jangan lupa saksikan apabila ia muncul di pawagam mulai 26 Julai ini!

Dan selalulah tengok-tengok jika Hijab & Heels ada buat peraduan lagi, ya? Manalah tahu, mungkin anda berpeluang untuk berjumpa dengan artis lain pula?

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Mon, 6 Jul 2020
Acara Wed, 27 Jun 2018

‘Pulang’ Rapatkan Semula Hubungan Remy Ishak Dengan Bapa

Pulang sedarkan Remy Ishak tentang pengorbanan seorang bapa yang perlu dihargai.

Acara Tue, 21 Aug 2018

Sertai Tarian Kecergasan Di Gegaria Fest, Putrajaya. Pelbagai Hadiah Menarik Menanti Anda!

Cabutan bertuah bernilai lebih RM2000 termasuklah FitBit Alta HR, peralatan elektrik dan pelbagai lagi hadiah menarik menanti anda.  

Acara Wed, 7 Aug 2019
Acara Tue, 21 Aug 2018

Ikuti 4 Langkah Persediaan Penting Sebelum Anda Memulakan Aktiviti Berbasikal

Kalau tak nak cedera, baik anda ikuti tip-tip ini.

Acara Thu, 25 Jan 2018

Tioman Surfestival 2018

Bagi mereka yang sedang bercuti di Pulau Tioman atau memang merupakan residen pulau terbabit, jangan lepaskan peluang mengikuti acara Tioman Surfestival 2018 yang kini sedang berlangsung di Kampung Juara, Tioman sehingga 27 Januari ini.