Categories: Drama

Tonton Apa Hari Ni: ‘Bintang’

Percintaan berlainan darjat bukanlah suatu perkara yang mudah. Perbezaan agama juga menyukarkan lagi keadaan.

Drama slot Lestary terbaharu yang berjudul ‘Bintang’ memaparkan cabaran dalam dunia percintaan yang berhadapan dengan perkara ini.

Ia mengisahkan hubungan seorang gadis bernama Iris dengan jejaka bernama Thiraak. Mereka berdua menuntut di sekolah menengah yang sama.

Thiraak sebenarnya berbangsa Siam. Namun, ciri-ciri fizikalnya yang membuatnya kelihatan seperti bangsa Cina Malaysia serta kefasihannya untuk berbahasa Melayu memudahkan pergaulan hariannya.

Iris pula datang dari keluarga yang berada. Dia adalah seorang yang manja dan sopan.

Kedua-dua mereka jarang bersua kecuali sewaktu pulang dari sekolah. Mereka pulang dengan menaiki basikal. Perjumpaan mereka yang sering tidak disengajakan itu telah memupuk rasa cinta.

Namun, ada yang tidak senang dengan hal ini. Hubungan mereka diganggu oleh Mustaffa yang menaruh perasaan terhadap Iris. Dek rasa iri hati, Mustaffa telah membuka cerita tentang hubungan Iris dan Thiraak kepada ibu bapa Iris.

Berikutan kejadian itu, Iris dihantar untuk menyambung pelajarannya ke luar negara. Perkara ini telah memutuskan hubungannya dengan Thirak untuk bertahun-tahun lamanya. Beberapa tahun kemudian, Iris pulang ke kampung semula setelah dia tamat pengajian. Adakah kepulangannya bakal membawa sinar?

Cerita Apa? ‘Bintang’
Hari Apa? Setiap Rabu – Sabtu
Jam Berapa? 9 malam
Di Mana? TV3 & Strim Eksklusif di Tonton

Afiqah Azizan