“Kuatlah Sayang” – Umum Hamil Anak Ke-3, Nurul Shuhada Risau Akan Bayi Akibat Alami Depresi

Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri membuat pengumuman mengejut dengan menyatakan dirinya kini sedang hamil anak ketiga.

Kongsi Shuhada, dia sedang hamil anak ketiga dengan usia kandungan 10 minggu menerusi sebuah hantaran di Instagramnya.

Bukan sekadar berkongsi berita gembira, Shuhada turut meluahkan perasaan yang dia memerlukan kekuatan untuk menempuh kehamilan ini agar tidak memberi kesan buruk kepada kandungan akibat daripada krisis rumah tangga yang dihadapinya.

Lebih menyayat hati, Shuhada memaklumkan bahawa dia kini turut mendapatkan rawatan untuk masalah tekanan dan depresi namun akibat usia kandungan yang masih baru dia tidak dibenarkan berbuat sedemikian.

Dalam pada itu, Shuhada menerima segala ujian yang diberikan kepadanya dan bersyukur dikelilingi oleh orang-orang yang sentiasa memberi sokongan kepadanya tanpa sedar.

Diruangan kapsyen, Shuhada berdoa agar zuriat dalam kandungannya terus kuat dan memohon maaf kepada anak-anaknya.

“Buat zuriat ibu (Shuhada) kandung, kuatlah sayang, kuat seperti kuatnya kamu berpaut di dinding Rahim ibu.

“Ibu sayang anak-anak ibu, maafkan ibu semua, Humairah, Umar dan baby. Maafkan ibu sayang.

“Dan aku menyerahkan urusanku kepada Allah” – Surah Al-Ghafir, 44,” tulisnya.

Artikel Berkaitan: “How Selfish They Are” – Nurul Shuhada Dedah Pola Tidur & Kesihatan Mental Anak Berterusan Kacau

Artikel Berkaitan: Menggeletar di Lapangan Terbang! Nurul Shuhada Kena Panic Attack Selepas Tonton Video Hafidz Roshdi, Netizen Timbulkan Tanda Tanya

Artikel Berkaitan: “Kekasih Hati Takut Dikecam Lagi Sebab…” – Nurul Shuhada Dedah Punca Ditumbuk Hafidz Roshdi!

Atiqah Johari