Categories: Drama

Tonton Apa Hari Ni: ‘Hawt Fellas’

Perjalanan hidup kita tidak sama. Walau bagaimanapun, lumrah hidup adalah setiap daripada kita pasti mempunyai cabaran tersendiri. Siri terbaharu untuk slot Lestary yang berjudul ‘Hawt Fellas’ memperlihat sisi ini.

Drama ini menampilkan lima watak utama – Lee, Napron, Mat Don, Flora dan Indah. Biarpun masing-masing mempunyai personaliti yang berbeza, mereka tetap bersahabat. Bidang seni merupakan titik persamaan yang menyatukan mereka.

Namun, setelah tamat Sijil Pelajaran Malaysia, mereka telah terpisah. Lee tidak dapat dijejaki. Napron, Flora dan Indah telah menyambung pelajaran mereka di sebuah kolej swasta yang sama. Mat Don pula telah mengambil keputusan untuk membuka sebuah kedai gunting rambut.

Pada suatu hari, Napron telah terserempak dengan Lee sewaktu dia membeli burger. Lee telah memaklumkannya bahawa dia kini menyambung pelajaran dalam bidang kejuruteraan. Namun, realitinya adalah Agus sebenarnya menjadi penjual burger dan busking sambilan untuk menyara hidupnya.

Kisah ini berkembang dengan memperlihat sisi masalah yang dihadapi oleh sahabat-sahabat yang lain. Masalah dengan ibu bapa serta kerjaya merupakan antara cabaran yang membelenggui mereka.

Adakah lima sahabat ini akan mampu mengekekalkan perhubungan mereka?

Cerita Apa? ‘Hawt Fellas’
Hari Apa? Setiap Khamis – Sabtu
Jam Berapa? 9 malam
Di Mana? TV3 dan Strim Sekarang melalui Tonton

Afiqah Azizan