Categories: Drama

Tonton Apa Hari Ni: ‘SeOfis’

Adat hidup di pejabat pasti ada pelbagai watak dan kerenah yang perlu dihadapi. Itulah tema yang diketengahkan menerusi siri Tonton original terbaharu yang berjudul ‘SeOfis.’

Siri ini dipacu watak Samirah atau juga dikenali sebagai Sam yang merupakan seorang pereka hisan dalaman. Sam memasang cita-cita tinggi untuk turut tersenarai dalam senarai Forbes 40 Under 40.

Takdir telah menemukannya dengan Aini, usahawan yang sentiasa ceria dan baru memulakan perniagaan menjual perabot hasil kerja kayu bapanya sendiri. Aini juga telah memperkenalkan Yana kepada Sam. Yana adalah seorang ejen hartanah yang mempunyai visi.

Setiap daripada mereka mempunyai watak yang tersendiri. Namun, Aini adalah seorang yang cepat terpengaruh. Personaliti Sam yang sangat lantang mula meresap dalam jiwa Aini. Terbit pula rasa curiga dalam hati Yana terhadap Sam.

Situasi menjadi lebih tegang apabila Sam yang amat bersemangat telah ‘mencuri’ pelanggan Yana. Sam juga telah mendahului dengan membuat janji terhadap pelanggan Yana untuk menghias rumah baharunya. Namun, hal ini telah mencetuskan masalah kepada Aini.

Walaupun timbul konflik, mereka telah menemui titik persamaan. Kemunculan watak Faris telah menyedarkan Yana dan Sam bahawa mereka sebenarnya boleh bersatu untuk menangani dugaan yang dibawa oleh jejaka itu.

Sepanjang perkenalan ketiga-tiga wanita berdaya saing tinggi ini, pelbagai isu yang perlu ditempuhi. Mampukah mereka bertahan bersama?

Cerita Apa? ‘SeOfis’
Di Mana? Strim eksklusif HD di Tonton

Afiqah Azizan