Eat Travel By: Ad Ops August 31, 2018 @ 10:00am

5 Lokasi Bersejarah Di Malaysia Yang Anda Patut Kunjungi Sempena Hari Kebangsaan 2018

Selamat menyambut Hari Kebangsaan Malaysia!

Tanggal 31 Ogos tiba lagi dan pada tahun ini, sudah 61 tahun lamanya rakyat Malaysia bebas daripada penjajah. Syukur!

Jadi sempena hari istimewa ini, apa plan anda? Pada hari cuti umum ini, takkan nak duduk rumah saja? Jomlah keluar berjalan-jalan! Tapi tak semestinya untuk pergi ke shopping mall, okay?

Sebaliknya, apa kata anda melawati lokasi-lokasi bersejarah yang berkait rapat dengan Hari Kemerdekaan Malaysia?

Sesetengah tempat ini merupakan lokasi bagi peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah Malaysia ketika ia dijajah orang luar. Tempat lain pula adalah di mana pembentukan Malaysia serta usaha-usaha mencapai kemerdekaannya telah berlaku iaitu di sekitar tahun 1950-an dulu.

Lawatan sebegini adalah penting bagi rakyat Malaysia kerana mereka akan boleh memperingati jasa individu-individu yang telah bersusah-payah untuk mendapatkan kemerdekaan untuk negara.

Lagipun, anda atau anak anda mungkin telah pelajari tentang lokasi-lokasi ini dari buku teks sekolah. Lagi syok kalau anda boleh lihat sendiri dengan mata anda dan ambil feel. Gerenti anda akan lebih menghargai kemerdekaan Malaysia.

Alaaa, sekali-sekala saja pun, apa salahnya? Kalau anda tak tahu ke mana nak pergi, teruskan baca artikel ini untuk ketahuinya.

1. Dataran Merdeka + Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur

Foto: diunjungislam

Ya, di dataran inilah berlakunya salah satu momen paling bersejarah bagi negara kita: pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu oleh Tunku Abdul Rahman pada 31 Ogos, 1957. Beribu-ribu orang telah hadir untuk mendengar berita baik itu.

Dari padang luas dan di seberang Jalan Raja pula terletaknya Bangunan Abdul Samad yang bertindak sebagai bangunan pentadbiran bagi residen British pada tahun 1890-an.

Kini ramai pelancong datang untuk mengagumi kecantikan seni bina bangunan yang diberi nama sempena Sultan Selangor, Almarhum Sultan Abdul Samad Ibni Almarhum Raja Abdullah.

2. Tugu Negara, Kuala Lumpur

Foto: Putegha.blogspot.com

Terletak di Jalan Parlimen berdekatan dengan Taman Tasik Perdana, monumen ini berketinggian 15 meter dan diperbuat daripada gangsa.

Ukiran Felix de Weldo dari Austria ini telah dibina sebagai tanda memperingati dan menghargai jasa 11 ribu perajurit tanah air yang telah terkorban dalam Perang Dunia Pertama, Perang Dunia Kedua serta semasa Darurat berlaku (dari 1948 hingga 1960).

Setiap ukiran manusia pada tugu yang telah siap dibina pada 8 Februari 1966 ini melambangkan kepimpinan, persatuan, kekuatan, semangat getir, persediaan dan pengorbanan. Waaah.

3. Kota A’Famosa, Melaka

Foto: Clover Holidays

Lambang keagungan dan warisan budaya Melaka ini adalah kubu yang telah dibina oleh penjajah Portugis selepas mereka menakluk negeri itu pada tahun 1511.

Yang memberi arahan atas pembinaannya adalah Alfonso de Albuquerque. Ramai buruh dipaksa untuk membinanya dan ramai juga yang meninggal dunia akibat kebuluran dan suhu panas yang terik ketika itu. Bahan-bahan binaan pula diambil daripada runtuhan masjid atau bangunan lain.

Pada tahun 14 Januari 1641, penjajah Belanda telah menyerbu A’Famosa melalui Pintu Santo Domingo Gate dan telah mengorbankan lebih 7,000 orang.

4. Stadthuys, Melaka

Foto: Travel Buddee

Hmm… tak pasti pula bagaimana nak sebut nama bangunan ini tapi ia bermaksud “dewan perbandaran” dalam bahasa Belanda. Bangunan serba merah yang dilengkapi dengan menara jam ini terletak bersebelahan dengan Gereja Christ di Jalan Laksamana, Melaka.

Ia dibina pada tahun 1650 sebagai penempatan rasmi bagi Gabenor Belanda dan Timbalan Gabenor, dan reka bentuknya telah diinspirasikan oleh seni bina di Belanda yang penuh detail.

Pada abad ke-19, sekolah Malacca Free School yang dikendalikan oleh golongan paderi Inggeris telah dibina di perkarangan bangunan tersebut.

Pada mulanya, Stadthuys dicat putih, sama seperti bangunan pentadbiran Belanda yang lain di Asia Tenggara. Tapi setelah Melaka jatuh ke tangan British, ia dicat warna merah salmon oleh pihak British. Tak tahulah kenapa, tapi warna menyala itu semestinya telah memberi keunikan kepada bangunan ini hingga dikenali ramai.

5. Fort Cornwallis, Pulau Pinang

Foto: Travel 3Sixty

Ini merupakan kubu peninggalan penjajah yang terbesar di Malaysia dan terletak berdekatan dengan Esplanade dan Penang Clock Tower.

Yang menariknya, perimeter kubu ini berbentuk bintang dengan lima penjuru kerana design ini dianggap sebagai sistem pertahanan yang baik daripada serangan daripada pelbagai arah.

Tujuan kubu ini dibina oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris adalah sebagai tembok pertahanan daripada serangan musuh selepas Captain Francis Light mengambil Pulau Pinang daripada Sultan Kedah.

Pembinaan kubu yang berkeluasan 4,490 kaki persegi ini bermula pada tahun 1786 dan ia akhirnya siap pada 1810.

Best, kan? Macam belajar Sejarah di bangku sekolah. Jadi anda dah pilih ke mana nak pergi? 

Sumber: Sini, Hotels.com, MyPT3, MyPT3, Zulkifli Hamzah

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Fri, 3 Feb 2023
Acara Tue, 26 Nov 2019

Millac dan Millac Gold, krim bernutrisi tinggi

Sesuai untuk pelbagai jenis hidangan

Eat Travel Tue, 10 Jul 2018

Nampak Macam Susah Tapi Senang Saja Untuk Buat Kek Mille Crepe! Ini Resipinya

Resipi ini adalah untuk perisa coklat, tapi ubahlah ramuannya mengikut citarasa anda.

Eat Travel Wed, 15 May 2019
Eat Travel Thu, 29 Nov 2018

Tidak Perlu Ke Greece, Kini Anda Boleh Nikmati Pengalaman Santorini Di Thailand

Seni bina bangunan termasuk penggunaan warna putih dan biru, membuatkan pengunjung terasa bagaikan di Santorini, Greece.

Eat Travel Sat, 28 Jul 2018

Tak Usah Gusar Jerawat Atau Masalah Gout Bila Makan Apam Balik Istana

“Saya guna bijirin kering atau ‘nestum’ dan tak pakai kacang. Sebab kacang, orang tua tak boleh makan, takut dapat sakit gout dan perempuan pula tak gemar kerana naik jerawat” – Bob

Eat Travel Thu, 11 Jun 2020
Eat Travel Thu, 25 Apr 2019

6 snek popular tetapi sebenarnya tidak bagus untuk kesihatan kanak-kanak

Jangan beri makanan yang tidak berkhasiat kepada anak anda!

Eat Travel Fri, 18 Oct 2019
Eat Travel Fri, 17 Aug 2018