Categories: Eat Travel

5 resipi kubis bunga yang mudah dan efektif untuk diet!

Jika dahulu, amalan diet dengan mengambil pil kurus dilihat sebagai satu-satunya alternatif untuk mencapai berat badan dan bentuk tubuh yang ideal, kini kesedaran rakyat Malaysia semakin tinggi. 

Amalan pengambilan pil diet makin dipinggirkan, sebaliknya ramai yang mula mengamalkan diet yang betul, fokus terhadap pengambilan makanan berkhasiat serta bersenam dan inilah gaya hidup yang semakin diterima pakai generasi hari ini.

Ada yang mengamalkan diet rendah kalori, diet mengikut jenis darah, diet sayur-sauran, diet atkins dan tak kurang juga yang mengamalkan yo-yo diet!

Untuk memulakan diet dan konsistensi, anda memerlukan ilmu untuk mengenal pasti bagaimana badan anda berfungsi untuk mendapatkan bentuk badan idaman anda.

Dalam banyak-banyak diet, anda akan dapati bahawa cauliflower atau lebih kenali sebagai kubis bunga adalah salah satu bahan masakan utama yang dapat membantu anda untuk mengurangkan berat badan anda.

Cauliflower kaya dengan vitamin C, potassium, serat dan asid folik. Bagi anda yang mengikuti diet rendah karbohidrat, kubis bunga adalah pengganti karbohidrat yang baik terutamanya bagi beras atau nasi.

1. Cauliflower Tortillas

Bahan-bahan 

3/4 bunga kubis, dikisar (microwave selama 2 minit dan perah sehingga kering)
2 biji telur, dipukul
1/4 cawan hirisan daun ketumbar
2 sudu teh jus limau
1/2 sudu teh garam

Jangan lupa panaskan oven 375F.
Bakar selama 17 minit.

Cara membuatnya, sila rujuk video di bawah ini;

2. Mashed Cauliflower

Bahan-bahan

1 bunga kubis saiz sederhana, potong kecil
1 sudu kecil extra-virgin minyak zaitun
Sedikit garam
Sedikit lada hitam

Cara membuatnya, sila rujuk video di bawah ini;

3. Cauliflower Hash Brown

Bahan-bahan

1/2 bunga kubis, diparut
1 biji telur
1/4 sudu teh garam
1/8 sudu teh lada hitam
1/8 sudu teh serbuk bawang putih
1/2 sudu teh bawang, dicincang
1 sudu teh minyak kelapa

Cara membuatnya, sila rujuk video di bawah ini;

4. Cauliflower Bread Sticks

Bahan-bahan

Bahagian dasar

1 bunga kubis saiz sederhana, dikisar
4 biji telur, dipukul
2 cawan keju mozzarella, dicincang
1 sudu besar oregano
4 ulas bawang putih, dicincang
½ sudu teh garam
¼ sudu teh lada hitam

Topping

1 cawan keju mozzarella, dikisar

Cara membuatnya, sila rujuk video di bawah ini:

5. Cauliflower Fritter

Bahan-bahan

3 cawan bunga kubis (microwave 15 minit dan lenyekkan)
2 sudu teh garam
1 sudu teh lada hitam
2 ulas bawang putih, dicincang
1/2 labu bawang Holland, dicincang
1/4 cawan daun parsley, dicincang
1/2 cawan tepung gandum
1/3 cawan parmesan cheese, diparut
1 biji telur
Tepung gandum untuk salutan luar
Minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya, sila rujuk video di bawah ini;

 

Mudah bukan untuk menghasilkan lima resepi diatas? Jadi, jom mulakan pemakanan sihat bermula hari ini. Kehidupan sihat, hidup bahagia! 

Selamat mencuba!

 

 

Yanie Baharom