Categories: Eat Travel

6 Cara Untuk ‘Upgrade’ Adunan Kek Brownies Instant, Gerenti Terliur!

Kadangkala kita malas nak buat brownies, tapi nak juga buat. Jadi dengan gigih, kita pun pergilah ke kedai dan capai adunan kek instant yang dijual dalam pek siap-siap.

Memang senang, kan? Campak saja tepung adunan brownies ke dalam mangkuk, kemudian tambah telur, air dan minyak. Gaul-gaul, masuk ke dalam oven, tunggu sekejap, dah siap.

Makan begitu saja memang dah cukup sedap, tapi kalau anda rasa ia simple sangat, anda boleh add-on ramuan lain, seperti Nutella, peanut butter atau kacang, untuk ‘naik tarafkan’ kek ini.

Tak ada idea? Tengok saja video di bawah ini. Ia tawarkan 6 cara berlainan untuk buat kek brownies. Sedap-sedap semuanya! Pilih saja yang mana berkenan.

Ada ‘Cookie Dough Brownies’, ‘Peanut Butter Swirl Brownies’, ‘Cookies And Cream Brownies’, ‘S’mores Brownies’, ‘Cheesecake Brownies’ dan ‘Turtle Brownies’ (namanya saja yang unik, tak ada penyu yang terlibat, jangan risau).

Nampak lazat, kan? Senang pun senang.

Anda boleh pakai apa saja jenama brownies instant yang anda suka, okay? Selalunya ramuannya sama saja: minyak, telur dan air. Selepas ia dibancuh, baru kita akan modify.

Dah pilih yang mana yang anda minat? Selamat mencuba!

Sumber: Tasty

Ad Ops