Categories: Eat Travel

Belum Pernah Try Cendol Durian? Jom Makan Di Gerai KL Yang Telah Viral Ini

Hari Raya belum habis lagi tapi adakah anda dah bosan dengan juadah yang dihidang? Rehat sebentar bersama Cendol Durian Runtuh!

Ya, dua jenis makanan kegemaran orang Malaysia dalam satu mangkuk! 

Peminat durian takkan boleh resist buah ini tapi mereka mungkin was-was terhadap gabungannya dengan cendol. Tak payah rasa ingin tahu lagi! Jom ke gerai Cendol Durian Runtuh di Chow Kit untuk cuba sendiri. 

Gerai ini popular kerana dua sebab: cendolnya yang lembut dan isi buah durian yang banyak dihidang di dalam setiap mangkuk.

Tapi mungkin ada dalam kalangan anda yang pernah rasa cendol durian sebelum ini. Gerai Cendol Durian Runtuh ini dikatakan berbeza sikit daripada yang lain kerana isi buah durian yang dihidang. Manis, halus dan lembut macam baldu! 

Foto: Facebook

Jumlah isi durian pun diberi lebih dan diletakkan fresh setelah anda order. Harga semangkuk pun RM13 saja. Berbaloi!

Makan begitu saja pun dah boleh enjoy, tapi anda ada pillihan untuk add-on jagung manis atau pulut untuk rasa sedapkan lagi juadah ini.

Foto: Facebook Cendol Durian Runtuh

Cuba bayangkan, cendol durian ini dahlah sejuk. Bila dimakan di dalam cuaca Malaysia yang panas lembap sekarang ini… fuuuh! Nikmatnya! Satu mangkuk saja tak cukup! 

Tip! Kunjungi gerai ini pada hari minggu supaya tak payah beratur panjang. Hari weekend, ramai orang wo!

Gerai Cendol Durian Runtuh terletak di 57, Lorong Raja Bot, Chow Kit, 50300 Kuala Lumpur (11 minit perjalanan kaki dari LRT Kampung Baru) dan dibuka setiap hari dari 3 petang ke 3 pagi. Wow!

Tempat duduk tak banyak tapi tak apa. Tapau saja!

Sumber: Have Halal Will Travel, Facebook Cendol Durian Runtuh

Ad Ops