Eat Travel By: Ad Ops August 24, 2018 @ 4:00pm

Buat Biskut Oat Coklat Ini Tanpa Menggunakan Oven, Resipinya Mudah Sangat!

Selalunya kita dengar yang sesetengah kek boleh dibuat tanpa menggunakan ketuhar. No-bake cakes, bak kata orang putih.

Jika anda tak tahu, biskut pun boleh! Ha, jadi jika anda teringin nak buat biskut tapi tak ada oven, bolehlah anda ikuti resipi yang penulis kongsikan ini. Simple pulak tu, jadi jika anda rasa malas-malas, resipi ini memang perfect untuk anda!

Resipi biskut ini menggunakan ramuan oat yang bagus untuk kesihatan. Kanak-kanak pun pasti suka, lebih-lebih lagi kerana ia digabungkan dengan perisa coklat. Kombinasinya memang sedap!  

Jom cuba!

Bahan-bahannya:

  • 2 cawan gula pasir
  • 3 sudu besar serbuk koko
  • 6 sudu besar mentega
  • ½ cawan susu
  • ½ cawan mentega kacang
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 3 cawan oat

Cara-caranya:

  1. Campurkan gula, serbuk koko, mentega dan susu di dalam saucepan dan kacau di atas api di antara rendah dan sederhana sampai larut.
  2. Kuatkan api ke tahap sederhana dan biarkan masak sampai campuran itu betul-betul mendidih. Sambil itu, kacau sesekali. Apabila ia telah mendidih, biarkan selama lagi seminit. Jangan lupa kacau sesekali. Nota: Di sini, pastikan anda betul-betul ikut tengok jam! Kalau campuran ini tak cukup mendidih, ia takkan membeku nanti. Kalau ia dibiarkan mendidih terlalu lama pula, ia akan menjadi terlalu kering.
  3. Alihkan daripada api dan tambahkan mentega kacang, esen vanila dan oat. Kacau sampai sebati.
  4. Cedokkan dengan sudu besar dan letakkan ke atas permukaan yang dah dialaskan dengan kertas pembakar.
  5. Sejukkan hingga betul-betul kering.

Dah siap! Simpan di dalam bekas kedap udara.

Memandangkan resipi ini tak memerlukan anda untuk menggunakan ketukar ataupun mesin mixer, anda boleh buat resipi ini dengan anak-anak anda, sebagai aktiviti keluarga.

Sumber: Real Mom Nutrition

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Sun, 4 Aug 2019
Eat Travel Fri, 19 Jul 2019

Senangnya Nak Masak Pad Thai, Kacau-Kacau Je Dah Siap!

Selain ringkas, masakan klasik Thailand ini memang sedap.

Eat Travel Fri, 18 May 2018
Eat Travel Tue, 28 May 2019
Eat Travel Fri, 28 Dec 2018

21 Undang-Undang Pelik Di Negara Lain Yang Anda Mungkin Tak Pernah Dengar

Jadi nanti bila anda mengunjungi tempat-tempat ini, hati-hati ya!

Eat Travel Thu, 17 Jan 2019
Eat Travel Fri, 31 May 2019
Eat Travel Sun, 19 Aug 2018

Pepero Chocolate Rice, Hidangan Kuih Raya Istimewa Di Aidiladha

Jadikan Pepero Colourful Chocolate Rice Biscuit sebagai salah satu hidangan pada Hari Raya Haji nanti, confirm ia akan membuatkan tetamu anda terliur!

Eat Travel Tue, 17 Jul 2018