Eat Travel By: tex_admin September 21, 2018 @ 5:00pm

Bubur Pulut Hitam Ini Rasanya Lemak Manis, Sedap Sangat!

Manisan sebenarnya hadir dalam pelbagai bentuk dan biasanya ia dijadikan sebagai pencuci mulut. Bubur Pulut Hitam, antara pencuci mulut yang menjadi kegemaran setiap orang.

Bubur pulut hitam ini juga menjadi pilihan untuk hidangan di majlis-majlis perkahwinan. Penulis sendiri memang menggemari bubur jenis ini. Sebenarnya, mudah saja nak buat bubur pulut hitam ini, bahan asas yang perlu ada adalah santan yang menjadi penyedap untuk bubur ini.

Jadi, jom kita pelajari cara-cara nak buat bubur pulut hitam ini. Memang mudah dan cepat!

Bahan-bahannya

4 cawan air

200 gram beras pulut hitam

60 gram gula melaka

80 gram gula

1 sudu kecil garam

Daun pandan

200 gram santan pekat

Cara-caranya

1. Panaskan air di dalam pan dan masukkan beras pulut hitam. Kacau dan biarkan ia mendidih dan beras menjadi kembang. Gunakan api sederhana.

2. Apabila beras sudah masak, masukkan gula melaka, gula, garam, dan daun pandan. Kacau sehingga rata.

3. Masukkan pula santan pekat. Kacau dan biarkan sehingga mendidih. Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!

Sumber: Buat Orang Lapo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Tue, 27 Nov 2018

5 Cara Efektif Untuk Betulkan Telinga Yang Tersumbat Ketika Di Dalam Kapal Terbang

Bukan saja tak selesa dibuatnya, rasa sakit pun ada!

Eat Travel Fri, 29 May 2020
Eat Travel Tue, 15 Jan 2019

Machu Picchu kini menggunakan sistem tiket baharu yang ketat untuk mengelakkan kesesakan

Perubahan adalah perlu untuk memelihara tapak warisan dunia ini.

Eat Travel Tue, 1 May 2018

30 Foto Jalan Atau Lorong Menarik Di 30 Buah Negara, No. 26 Paling Cantik!

Jom “travel” dan lihat bagaimana rupanya jalan atau lorong di 30 buah negara yang berbeza. 

Eat Travel Mon, 24 Feb 2020
Eat Travel Wed, 17 Apr 2019

Resipi ‘Strawberry Popsicle’ untuk dicuba bersama anak menggunakan dua bahan sahaja. Enak dan mudah!

Aktiviti memasak di dapur dapat meningkatkan kemahiran motor anak anda.

Eat Travel Fri, 20 Jul 2018
Eat Travel Tue, 24 Mar 2020

Resipi sushi tamago, mudah dan enak

Buat sendiri di rumah

Eat Travel Wed, 1 Apr 2020

Resipi mudah terung panggang ala piza

Terung pun sedap jika tahu cara memasak