Categories: Eat Travel

Dibina Di Shanghai, Hotel Mewah Bawah Tanah Ini Adalah Yang Pertama Di Dunia

Berdiri megah di tapak kuari, Sheshan Mountain Range, hotel bawah tanah pertama di dunia Deep Pit Hotel mampu membuatkan tidur malam anda lena apabila bermalam di hotel ini.

Hotel yang baharu sahaja dibuka di Shanghai, China ini mempunyai sekitar 336 bilik yang berada pada kedalaman 50 hingga 100 meter. Untuk pengetahuan anda, nama lain hotel ini adalah ‘Quarry Hotel’ kerana ia dibina di atas tapak kuari. 

Selain itu, hotel ini juga memiliki sebanyak 16 tingkat bawah tanah, 2 tingkat di bawah air dan 2 lagi tingkat di atas tanah. Paling mengagumkan, hotel ini dilabel oleh National Geographic sebagai keajaiban seni bina dunia! Memang lain daripada yang lain kan?

Foto: Scottish Construction Now

Foto: Scottish Construction Now

Foto: Scottish Construction Now

Pasti anda tertanya-tanya berapa agaknya harga untuk bermalam di hotel awesome ini kan? Deep Pit Hotel ini sedia untuk ditempah dengan harga yang bermula dari 4,000 yuan (RM2,416.36) semalam. Mahal kan? Tapi, tak rugi kalau bayar mahal jika dapat kepuasan yang mengagumkan!

Sumber: CNN & Youtube

tex_admin