Categories: Eat Travel

Anda Pernah Makan Lemon Chicken? Hidangan Orange Chicken Gerenti Lebih Membuka Selera

Anda mesti pernah cuba makan hidangan lemon chicken, kan? Kalau tak pernah cuba, anda mesti pernah dengar.

Hidangan ini semakin popular dalam kalangan orang Melayu. Gabungan rasa ayam dan lemon itu sebenarnya ngam, jadi ia memang sedap apabila dimakan.

Tapi anda teringin tak nak cuba hidangan ayam yang dimasak dengan “perencah” oren pula?

Hmm… ramuan sitrus ini memanglah lebih kurang sama saja dengan lemon, tapi percayalah, rasanya lebih menarik!

Jika anda nak cuba masak di rumah, anda boleh ikuti resipi yang dikongsikan di bawah. 

Sebenarnya, hidangan untuk resipi ini telah dicipta dan dipopularkan oleh rangkaian restoran makanan American Chinese di Amerika, iaitu Panda Express. 

Orang Amerika yang nak makan masakan Cina, mereka akan kunjungi kedai ini. Popular sangat! Jadi kualiti dan kesedapan masakan mereka memang boleh dipercayai. 

Orange Chicken yang ditambahkan ke dalam menu Panda Express lebih 30 tahun lalu, adalah hidangan yang paling digemari dalam kalangan pengunjungnya! 

Maknanya memang sedap sangatlah, ya? Rujuk kepada video tutorial masakan Panda Express Orange Chicken di bawah ini.

Berkilat! Nampak sedap, kan? 

Bahan-bahan

1. Ayam

  • 905 gram peha ayam, dibuang kulit dan tulang
  • 1 sudu besar garam
  • 1 sudu kecil lada putih
  • 1 cawan tepung jagung (125 gram)
  • 3 cawan tepung serba guna (375 gram)
  • 1 biji telur
  • 1½ cawan air (360 ml)
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 6 cawan minyak, untuk goreng (1 ½ liter)

2. Sos oren

  • 1 sudu besar minyak masak
  • ¼ sudu kecil serbuk cili kasar
  • 1 sudu besar bawang putih, dicincang
  • ½ sudu kecil halia, dicincang
  • ¼ cawan gula (50 gram)
  • ¼ cawan gula perang (55 gram)
  • ¼ jus oren (60 ml)
  • ¼ cawan cuka putih (120 ml)
  • 2 sudu besar kicap masin
  • 2 sudu besar air
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu kecil minyak bijan

Cara Penyediaan

  1. Potong ayam menjadi bentuk kiub bersaiz 1×1 inci (2×2cm) dan letak tepi.
  2. Dalam mangkuk sederhana, gabungan garam, lada putih, tepung jagung dan tepung serba guna. Gaul sekata.
  3. Tambahkan telur, air dan minyak dan gaul lagi hingga ia sebati dan likat seperti campuran untuk pancake.
  4. Masukkan kepingan ayam ke dalam adunan ini dan letakkan di dalam peti sejuk selama sekurang-kurangnya 30 minit.
  5. Panaskan minyak di dalam kuali ke suhu 180˚C.
  6. Dengan perlahan-lahan, masukkan ayam dan masak selama 5 ke 6 minit hingga ia menjadi warna golden brown.
  7. Keluarkan ayam dan letakkan di atas kertas berlapikkan tisu tebal (untuk menyerap minyak).
  8. Untuk membuat sos oren, letakkan periuk atau pan tebal di atas api sederhana tinggi dan masukkan minyak.
  9. Apabila minyak mula mendidih, masukkan serbuk cili, halia dan bawang putih, dan kacau dan masak selama 30 saat tanpa henti.
  10. Tambahkan gula dan gula petang, dan kacau hingga sebati. Tambahkan pula jus oren dan kacau supaya gula larut dalam cecair tersebut.
  11. Tambahkan cuka dan kicap masin dan kacau.
  12. Di dalam mangkuk lain, campurkan tepung jagung dengan air dan kacau dengan whisk hingga sebati. Tuangkan ke dalam pan dan kacau hingga sekata.
  13. Teruskan masak sos itu hingga ia menjadi likat seperti sirap maple.
  14. Masukkan ayam goreng dan kacau hingga ia betul-betul disaluti dengan sos oren.
  15. Taburkan minyak bijan do atasnya sebelum hidang.

Selamat mencuba! 

Sumber: Tasty

Ad Ops