Eat Travel By: tex_admin March 26, 2019 @ 10:04am

Masak lemak udang bersama belimbing buluh ini bakal membangkitkan selera anda. Ini resipinya

Tiada apa yang lebih enak selain daripada masakan kampung yang dimasak sendiri di rumah berbanding  makanan di pejabat yang bagaikan tiada perencah langsung. Mungkin beginilah keluhan mereka yang bekerja, terpaksa makan apa yang ada dijual di kafe pejabat memandangkan masa tidak mencukupi untuk mereka keluar mencari menu yang lebih sedap dan enak serta kena dengan tekak.

Bagaimanapun, jika berada di rumah pada hujung minggu, pelbagai menu menyelerakan boleh dimasak dan dimakan bersama keluarga. Masak lemak udang yang dicampurkan bersama belimbing buluh pastinya  akan membangkitkan selera anda pada bila-bila masa sahaja.

Cara masakannya amatlah mudah untuk dicuba di rumah. Berikut adalah resipi masak lemak udang bersama belimbing buluh.

Bahan

  • 1 kilogram udang bersaiz besar
  • 10 biji belimbing buluh
  • 1 kotak santan
  • 2 helai daun kunyit
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 bawang merah
  • 7 cili api (Boleh tambah mengikut tahap kepedasan masing-masing)
  • 1 batang serai
  • 1 inci halia

Cara penyediaan

  • Bersihkan udang
  • Kisarkan bawang putih dan bawang merah, cili api dan halia.
  • Ketukkan serai dan masukkan bahan yang dikisar tadi ke dalam periuk.
  • Seterusnya, masukkan santan dan biarkan mendidih.
  • Setelah mendidih, masukkan daun kunyit dan belimbing buluh.
  • Jika belimbing sudah kelihatan layu, masukkan udang yang sudah dibersihkan.
  • Akhir sekali, biarkan ia mendidih dan matikan api apabila ia sudah masak.

Hidangan siap untuk dinikmati!

Apa kata anda? Mudah bukan? Cubalah

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Tue, 18 Dec 2018
Eat Travel Sun, 5 Aug 2018
Eat Travel Fri, 5 Oct 2018

Escape Dari Kesibukan Kota Dan Temukan Kedamaiannya Juga Di Dalam Kota

Manfaatkan waktu singkat anda dengan melawati enam lokasi mendamaikan ini.

Eat Travel Tue, 3 Jul 2018

Jom Belajar Cara Nak Buat Kek Mentega Yang Lembut Dan Gebu Ini

Butter cake ini memang sedap dimakan seisi keluarga.

Eat Travel Thu, 28 May 2020
Eat Travel Fri, 28 Sep 2018
Eat Travel Fri, 7 Sep 2018

Anda Mungin Gunakan Cara Salah Untuk Makan Sushi, Chef Sushi Ini Ajarkan Cara Betul

Ha, check sama ada anda ada tersalah atau tidak selama ini.

Eat Travel Sat, 14 Mar 2020
Eat Travel Tue, 24 Jul 2018

Restoran Pertama Yang Bertemakan ‘My Neighbour Totoro’ Telah Dibuka Di Thailand!

Peminat filem Studio Ghibli, jangan lepaskan peluang ini!