Categories: Eat Travel

Restoran Pertama Yang Bertemakan ‘My Neighbour Totoro’ Telah Dibuka Di Thailand!

‘Spirited Away’, ‘My Neighbour Totoro’, ‘Howl’s Moving Castle’, ‘Kiki’s Delivery Service’, ‘Princess Mononoke’. Ini adalah sebahagian kecil daripada filem-filem animasi terbitan Studio Ghibli. 

Syarikat produksi dari Jepun ini bukan saja berjaya menarik minat penonton dengan jalan cerita filemnya yang penuh dengan aksi serta mesej yang mengagumkan.

Turut mempersonakan adalah karakter-karakternya yang ikonik, comel serta mencuit hati. Latar filem-filem ini juga luar biasa dan sukar untuk dilupakan.

Jadi bagi peminat filem Studio Ghibli, pernah tak anda rasa teringin untuk “memasuki” mana-mana satu filem tersebut?

Sebuah restoran di Bangkok, May’s Garden House Restaurant, mempunyai interior design yang sama seperti latar yang anda dapat lihat di dalam filem-filem Studio Ghibli, khususnya, My Neighbour Totoro.

Jadi apabila anda menjejak masuk ke dalam kedai makan ini, anda akan dapat feeling yang sama macam ketika anda menonton filem ini. 

May’s Garden House Restaurant adalah restoran bertema Studio Ghibli pertama di dunia yang telah dilesenkan oleh syarikat tersebut. Jadi anda boleh lihat pelbagai jenis dekorasi dan peralatan yang berinspirasikan My Neighbour Totoro.

 

Tengoklah corak-corak di pinggan dan atas mejanya! Tingkap kacanya pun menarik! Anda mesti akan jumpa lukisan karakter-karakter kegemaran anda.

Walaupun para pengunjung mungkin akan singgah kerana tarikan Studio Ghiblinya, makanan yang ditawarkan di restoran ini pun tak kurang hebatnya.

Jangan lupa untuk cuba pencuci mulut restoran ini yang sama comel!

Filem Studio Ghibli mana lagi yang anda ingin ada restoran yang bertemakannya?

Alamat: 18 Sukhumvit 29 Alley, Khwaeng Khlong Toei Nuea, Khet Watthana, Krung Thep Maha Nakhon 10110, Thailand

Nombor telefon: +66 2 034 9127

Sumber: 9Gag

Kredit Foto: Facebook May’s Garden House Restaurant

Ad Ops